Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 13 January 2018

Suhu sejuk serendah 22 darjah celcius di Bangi

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Malaysia dilanda cuaca agak sejuk sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Ada satu malam tu anak aku dah tidur, aku masih menggunakan telefon untuk mencari maklumat. Aku rasa seperti sejuk lain macam pula malam tu. Aku pun semak suhu terkini di Bangi. Bila aku semak rupanya suhu pada waktu itu ialah 22 darjah celcius. Aku perasan yang hujan memang tak berhenti sejak dari pagi tadi dan membawa hingga ke malam. Tapi hari-hari sebelum ini bukan tak pernah hujan sepanjang hari dan rasanya tidak sesejuk ini. Tak perlu aku buka aircond pun rumah dah menjadi sejuk Lantai tandas dan lantai rumah juga terasa dingin.

sekadar gambar hiasan

Aku pun cari sedikit maklumat lagi. Kenapa agaknya fenomena ini berlaku?


Padanlah, ia berlaku kerana pergerakan angin monsun timur laut yang membawa bersama hujan ke kawasan Pantai Semenanjung. Ia juga ada kaitan dengan udara sejuk tekanan tinggi yang dibawa dari Siberia-Mongolia dan menyebabkan berlakunya fenomena bom siklon. Negara-negara di bahagian kutub utara iaitu Kanada dan Amerika Timur sedang mengalami cuaca sejuk melampau di bawah paras beku.


suhu serendah 22 darjah celcius di Bangi



Aku tengok gambar-gambar terkini masyarakat di sana pada fenomena sejuk ini sedang berlaku, rambut mereka penuh dilitupi ais.   Rupa-rupanya telah banyak kematian disebabkan fenomena ini, terutamanya gelandangan. Beribu-ribu penerbangan juga terpaksa ditunda. Aku bersimpati dengan mereka. Tak dapat aku bayangkan bagaimanalah mereka hidup dalam keadaan suhu sejuk melampau seperti itu. Aku teringat kisah Zahariz Khuzaimah yang terperangkap dalam hutan di salah satu negara Scandinavia dan waktu itu suhu sangat-sangat sejuk, hinggakan beliau terpaksa struggle untuk survive.

Perasaan aku?

Aku rasa aku tak boleh gembira dengan cuaca sejuk ini kerana ramai orang di tempat lain yang sedang menderita teruk pada masa yang sama aku merasai cuaca sejuk sepoi-sepoi bahasa ini. Dan aku juga terfikirkan bagaimanakah rakyat Syria yang tiada tempat berteduh yang sempurna dan pakaian yang cukup tebal untuk melindungi diri mereka dari kesejukan yang melampau ini. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan mereka di sana.


No comments:

Post a Comment