Cara simpan duit melalui Maybank2u yang sangat mudah untuk tabung travel anda

Cara simpan duit melalui Maybank2U yang sangat mudah untuk tabung travel anda. Oleh kerana blog saya ni saya nak fokuskan tentang travel, semestinya tips yang saya nak kongsikan ini saya kaitkan dengan travel juga. Tapi ia juga praktikal untuk tujuan-tujuan lain juga. Ianya sangat mudah sebab kita tak perlu walk in ke cawangan Maybank. Semuanya di hujung jari, dah boleh dapat satu akaun baru.




Ramai di antara kita mempunyai akaun simpanan dalam Maybank. Kita pasti mempunyai impian nak travel  baik dalam negara sendiri ataupun travel tengok negara orang. Tapi satu perkara yang selalu memeningkan kepala ialah duit. Kalau tiada duit yang mencukupi macam mana nak travel kan? Nak bercuti dalam Malaysia pun perlukan duit. Bukan free. Jadi elok sangatlah sekiranya kita boleh asingkan duit dalam akaun simpanan siap-siap supaya ada allocation khas untuk jalan-jalan. Orang kata kena smart merancang. Insha ALLAH bila perancangan elok, semua urusan akan berjalan lancar.

Saya nak kongsikan satu cara mudah untuk asingkan duit dalam akaun Maybank secara online yang kita tak perlu sentuh dan keluarkan.

Langkah-langkah buka akaun M2USavers-I

1. Perlu ada akaun Maybank2u

 Pertama sekali kena ada akaun Maybank2u. Cara nak aktifkan ialah anda perlu ke maybank mana-mana cawangan dan aktifkan melalui mesin atm di maybank cawangan tersebut.


2.  Buka website Maybank2u dan klik bahagian ''APPLY ONLINE''





3. Klik M2U Savers-I

M2U Savers-I ialah akaun islamic atau memenuhi Shariah Compliance. Nak pilih M2U Savers pun boleh. Tapi sebagai seorang muslim, lebih baik pilih M2U Savers-I.



4.  Isikan maklumat yang diperlukan

Isikan maklumat yang diperlukan dan duit dari akaun mana yang anda nak depositkan ke akaun baru tersebut. Perlu ada sejumlah wang supaya akaun M2U Savers-I anda dapat diaktifkan. Macam saya, saya masukkan RM30. Kalau tak silap saya RM10 pun boleh.Terpulanglah pada anda, berapa banyak pun tak kisah.





3. Dah siap satu akaun baru




Sangat mudah kan. Semudah 1,2 3. 

Selain menyimpan cara online seperti yang saya kongsikan di atas, ada banyak cara lain juga. Ada orang suka menyimpan duit dalam tabung. Macam saya, bila jumpa atau nampak duit syiling kat rumah ni terus masukkan dalam bekas kuih raya. 

 Untuk tahu cara-cara lain  anda juga boleh dapatkan maklumat dari ebook ini. Insha ALLAH boleh dapat simpan 10000 sebulan kalau betul caranya.


No comments

Powered by Blogger.