Pengalaman menjejakkan kaki di Tembok Besar China

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Tembok Besar China atau dikenali sebagai Great Wall of China. Tembok Besar China merupakan impian saya sejak dulu lagi. alhamdulillah akhirnya sampai juga ke sini. Kagum bukan saja pada ciri-ciri pembinaannya tetapi bagaimana ia dibuat, dengan teknologi dan peralatan apa orang dahulu menggunakan. Panjangnya 6000 kilometer, ketinggian 10 meter dan dibina kira-kira 2500 tahun yang lampau. Tetapi pembinaannya dibuat sedikit-sedikit mengikut dinasti yang memerintah China ketika itu. Pertama kali dibuat pada zaman pemerintahan Dinasti Qin, kemudian disambung oleh Dinasti Han, Dinasti Sui dan yang terakhir sekali Dinasti Ming. Fungsi utama tembok besar ialah menghalang kemaraan serangan puak Mongolia dan Manchuria. 












Semasa perjalanan pulang ke Malaysia dari Beijing, saya boleh lihat dengan jelas Tembok Besar China dari dalam kapal terbang. Hebat., itu sahaja yang terlintas di fikiran saya. Bagaimana ye mereka membuat tembok yang bukan sahaja tinggi tetapi panjang. Dari dalam kapal terbang boleh nampak betapa panjangnya Tembok Besar China. Merintasi banjaran gunung ganang yang sangat luas. Apapun, segala puji-pujian dikembalikan kepada Yang Maha Esa, pencipta Yang Maha Hebat, yang mengilhamkan penciptaan sebegini hebat kepada makhluk-makhluknya. Dengar khabar banyak juga nyawa yang terkorban semasa pembinaan Tembok Besar China.




Previous
Next Post »