Pengalaman ke Zoo Negara dan 10 tips bermanfaat

Semalam, bersempena cuti peristiwa Selangor (Hari Keputeraan Sultan Selangor) saya dan suami bawa Sumayyah ke Zoo Negara.  Sumayyah nak masuk umur 4 tahun ni insya Allah dah faham pasal binatang-binatang. 

Sedikit tips yang saya boleh kongsikan kepada anda yang bakal berjalan-jalan ke Zoo Negara.

1. Harga tiket RM44 untuk dewasa pemegang Mykad. Untuk kanak-kanak RM16 (3-12 tahun). Warga emas pemegang Mykad, RM21. Jadi jangan lupa bawa Mykad untuk seisi keluarga termasuk anak-anak sekali.



2. Harga parking  RM5.50 untuk 3 jam pertama dan tambahan RM1 untuk 1 jam seterusnya


2. Waktu operasi 9.00 am-5.00 pm.

3. Boleh jalan kaki atau naik tram (bayaran lain). Bayaran tram untuk dewasa pemegang Mykad RM7, kanak-kanak dengan Mykad RM4


4. Harga tiket dah termasuk sekali bayaran ke  Giant Panda Conservation Centre. Kalau sebelum ni nak masuk kena bayar lain. Jadi jangan lepaskan peluang tengok panda dengan lebih dekat

5. Kalau boleh selesaikan urusan sebelum masuk zoo. Kalau pergi pagi, sarapan siap-siap. Kalau pergi hampir waktu tengahari, makan tengahari siap-siap dulu sebab susah nak jumpa restoran kat dalam zoo. Memang ada beberapa kafeteria kat dalam, tapi kebanyakan makanan yang dijual harganya juga agak mahal. 

6. Digalakkan bawa bekal makanan dan minuman. Faham-faham jelah, kalau ada anak kecil ni, diorang selalu minta nak makan dan minum. Lagipun bagi sesiapa yang berjalan kaki, anda akan merasa kepenatan kerana Zoo Negara ini luas. Banyak jalan, maka akan cepat letih dan dahaga.

7. Musolla dan tandas disediakan. Kalau rajin bawalah telekung. Tapi pakaian untuk muslimah, sekiranya cukup syaratnya, dah boleh solat terus, tak perlu pun telekung.

8. Bawa payung untuk persediaan sekiranya tiba-tiba hujan. Kalau tak hujan, bolehlah nak elak panas terik matahari

9. Kalau nak jalan kaki, pakai flat shoes, atau sandal yang selesa. Jangan pakai kasut tinggi pulak.. sakit kaki karang haha.

10. Kalau ada baby kecik bawah umur setahun, eloklah berbaywearing. Taklah sakit badan jalan -jalan sambil bawa baby. Kalau ada anak usia  1 tahun -3 tahun ke atas, seeloknya bawa stroller. Sebab diorang ni tak larat jalan banyak-banyak macam kita orang dewasa. Langkah diorang kecik. Kesian pulak kan nanti.



Pak Belang

di Taman Rama-Rama. Pisang dan buah reput tu memang jadi makanan sesetengan spesies rama-rama.

Rama-rama sedang tekun menyedut manisan

Banteng

Encik Gajah

Encik unta yang suka bergolek-golek kat pasir.

Encik panda memang suka bersenang lenang. Dalam dewan ni sejuk sebab ada air cond. Lepas berpeluh-peluh sebab jalan banyak, masuk dalam Giant Panda Conservation Centre ni. Syok woih


Previous
Next Post »