Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 14 December 2016

Pengalaman ke Zoo Negara dan 10 tips bermanfaat

Semalam, bersempena cuti peristiwa Selangor (Hari Keputeraan Sultan Selangor)
saya dan suami bawa Sumayyah ke Zoo Negara.


Sumayyah nak masuk umur 4 tahun ni
insya Allah dah faham pasal binatang-binatang. 

Sedikit tips yang saya boleh kongsikan kepada anda 
yang bakal berjalan-jalan ke Zoo Negara.


1. Harga tiket (updated 2021).

Harga tiket RM45 untuk dewasa pemegang Mykad.

Untuk kanak-kanak RM18 (3-12 tahun).

Warga emas pemegang Mykad, RM23.

Jadi jangan lupa bawa Mykad untuk seisi keluarga termasuk anak-anak sekali.







Untuk menjimatkan masa, tak perlu beratur panjang, anda boleh beli tiket secara online di Shopee di link ini Tiket Zoo Negara
 (Harga tiket juga ada sedikit diskaun)


2. Harga Parking Kereta

Harga parking  RM5.50 untuk 3 jam pertama dan tambahan RM1
untuk 1 jam seterusnya (harga mungkin berubah-ubah setiap tahun).


2. Waktu operasi 9.00 am-5.00 pm.


3. Cara Eksplorasi Zoo Negara

Boleh jalan kaki atau naik tram (bayaran lain).

Bayaran tram untuk dewasa pemegang Mykad RM7,

kanak-kanak dengan Mykad RM4


4. Giant Panda Conservation Center

Harga tiket dah termasuk sekali bayaran ke  Giant Panda Conservation Center.

Kalau sebelum ni nak masuk kena bayar lain.

Jadi jangan lepaskan peluang tengok panda dengan lebih dekat



5. Selesaikan segala urusan
sebelum masuk Zoo

Kalau boleh selesaikan urusan sebelum masuk zoo.

Kalau pergi pagi, sarapan siap-siap.

Kalau pergi hampir waktu tengahari, makan tengahari siap-siap dulu
sebab susah nak jumpa restoran kat dalam zoo.

Memang ada beberapa kafeteria kat dalam,

tapi kebanyakan makanan yang dijual harganya juga agak mahal. 

6. Bawa bekal makanan dan minuman

Digalakkan bawa bekal makanan dan minuman.

Faham-faham jelah, kalau ada anak kecil ni,

diorang selalu minta nak makan dan minum.

Lagipun bagi sesiapa yang berjalan kaki, anda akan merasa kepenatan
kerana Zoo Negara ini luas.

Banyak jalan, maka akan cepat letih dan dahaga.

7. Surau dan tandas dalam Zoo

Musolla atau surau dan tandas disediakan.

Kalau rajin bawalah telekung.

Tapi pakaian untuk muslimah, sekiranya cukup syaratnya,

dah boleh solat terus, tak perlu pun telekung.

8. Bawa payung 

Bawa payung untuk persediaan sekiranya tiba-tiba hujan.

Masa kami di zoo, hujan turun lebat sangat.

Semua pengunjung lari berteduh bawah pondok.

Itu pun selepas tu hujan bukan berhenti terus,
masih turun renyai-renyai.

Lagilah kalau pergi zoo semasa musim-musim hujan.

Ya payung memang penting.

Kalau tak hujan, bolehlah nak elak panas terik matahari

9. Pakai kasut yang selesa

Kalau nak jalan kaki, pakai flat shoes, atau sandal yang selesa.

Jangan pakai kasut tinggi pulak.. sakit kaki karang haha.

10. Baby carrier untuk bayi, 
stroller untuk anak yang lebih besar

Kalau ada baby kecik bawah umur setahun, eloklah pakai baby carrier.

Taklah sakit badan jalan -jalan sambil bawa baby.

Kalau ada anak usia  1 tahun -3 tahun ke atas, seeloknya bawa stroller.

Sebab diorang ni tak larat jalan banyak-banyak macam kita orang dewasa.

Langkah diorang kecik. Kesian pulak kan nanti.

Tapi keadaan di dalam zoo sebenarnya tidak berapa kondusif untuk
pakai stroller  kerana keadaan jalan yang tidak berapa smooth.

Bertabahlah, itu nasihat saya!



Pak Belang

di Taman Rama-Rama. Pisang dan buah reput tu memang jadi makanan sesetengah spesies rama-rama.

Rama-rama sedang khusyuk menyedut manisan

Banteng

Encik Gajah

Encik unta yang suka bergolek-golek kat pasir. 

Encik panda memang suka bersenang lenang. Dalam dewan ni sejuk sebab ada air cond. Lepas berpeluh-peluh sebab jalan banyak, masuk dalam Giant Panda Conservation Centre ni. Syok woih




1 comment:

  1. Tapi sedihkan sis? Sbb makin lama makin nampak usang zoo negara ni

    ReplyDelete