Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 18 December 2016

7 sebab tak boleh gelar pesakit mental sebagai orang gila

 Saya ingin kongsikan tentang beberapa permasalahan berkenaan penyakit mental yang menjadi taboo dalam masyarakat kita. Sangat menyedihkan apabila pesakit mental sering digelar orang gila, sewel dan sebagainya. Pesakit mental juga sering dicemuh dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya. Jadi kita perlu ubah mentaliti sebegini. Kita sebagai masyarakat mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu sesiapa saja yang diduga dengan penyakit mental. 





1. Sesiapa saja di dunia ini termasuk anda yang sedang membaca artikel ini berpotensi mengidap penyakit mental, ia tidak mengira umur, jantina, bangsa, agama atau status sosio-ekonomi seseorang.

2. Antara sebab berlakunya penyakit mental ialah kegagalan mengurus emosi dengan baik apabila ditimpa sesuatu dugaan atau ujian dalam hidup.

3. Penyakit mental sama seperti penyakit fizikal lain seperti kencing manis, darah tinggi, kanser, sakit jantung dan lain-lain. Maka penyakit mental berhak dirawat seperti mana penyakit fizikal lain yang selalu diambil berat oleh masyarakat.


4. Penyakit mental boleh dirawat. Ramai pesakit mental yang telah sembuh sepenuhnya apabila diberikan rawatan rapi oleh  psikiatrist (pakar sakit jiwa). Dan ramai pesakit mental yang telah kembali menjalani hidup bahagia setelah sembuh. 

Keutamaan pesakit mental bertemu doktor, bukan bomoh, pawang dan sebagainya.

5. Pesakit mental perlukan sokongan orang sekeliling agar mereka dapat sembuh dengan segera.

6. Panggilan orang gila akan mewujudkan jurang antara pesakit mental dengan masyarakat sekeliling. Pesakit mental akan merasa rendah diri lantas mereka akan menjauhkan diri dari masyarakat dan seterusnya menyebabkan penyakit mereka bertambah teruk. 

7. Gelaran orang gila, sikap suka menghukum dalam masyarakat kita akan membuatkan pesakit mental  takut bertemu doktor kerana nanti mereka akan dicop sebagai gila atau disangka dengan bermacam-macam pandangan buruk, sedangkan hakikatnya, mereka sudah sampai tahap wajib bertemu doktor. Mereka perlu dirawat. Mereka berhak menjalani hidup normal seperti mana kita yang sihat ini.


No comments:

Post a Comment