Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 27 January 2022

Sedap betul chocolate spread sesuai untuk diet

Baru baru ni saya ada beli chocolate spread dari shopee Skinny Lab Inc. Maklumlah bila bacaan gula dah border ni kena la jaga makan. Saya beli perisa Dark Choc Hazelnut Butter. Ya ampun sedap betul. Sebiji rasa dia macam nutella dan ferrero rocher.  Mula mula takut juga nak makan. Lepas 2 jam makan, cek gula.. 4.3 je. Wah happy betul.

Akhirnya jumpa juga chocolate spread yang sesuai untuk orang berdiet.  Sebelum ni pernah beli brand lain yang claim mesra diabetes. Haa mencanak sampai 6.2! Dark Choc Hazelnut Butter ni takde gula putih tau tapi mereka menggunakan pemanis natural yang tidak menaikkan bacaan gula iaitu monk fruit sweetener.



Basah sikit botolnya sebab baru keluarkan dari peti sejuk 😆.

Skinny Lab ni ada banyak produk lain. Ada peanut butter, almond butter, macadamia butter, cashew butter, chocolate spread, coffee spread... Cookies mesra diet pun ada.

Korang yang dalam proses diet sebab turunkan berat badan kena try tau. Memang sedap tak tipu. Saya dalam proses nak repeat order perisa lain pulak. 


No comments:

Post a Comment