Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 24 December 2018

Review Vi Boutique Hotel Kuala Selangor

Dah lama sebenarnya cakap dengan suami nak jalan-jalan area Kuala Selangor. Dah lama tak pergi Kuala Selangor. Kali terakhir masa tahun 2011 kalau tak silap saya.

So bila suami dah setuju nak pergi Kuala Selangor, saya pun survey hotel-hotel yang ada kat area
sana.

Ada satu hotel ni asik penuh je. Setiap kali nak book je mesti tak dapat. Selalunya penuh masa hujung minggu. Kali ni  ada kosong, mungkin sebab kami pergi masa hari bekerja. Hotel yang saya maksudkan, Vi Boutique Hotel. Tengok score kepuasan pelanggan juga boleh tahan, dapat excellent score!

Tak susah pun cari hotel ini. Kalau kita lalu jalan utama ke Kuala Selangor arah ke Tanjong Karang, dari tepi jalan dah boleh nampak. Kalau pakai waze lagilah senang jumpa.





Kenapa saya suka sangat tidur hotel? Tak dinafikan lagi kerana hospitality yang mereka tawarkan. Saya pula teringin sangat nak jadikan rumah ala-ala hotel. Tapi buat masa ni belum ada rezeki nak beli perabot yang best-best macam di hotel.Jadi, kita tidur pun jadilah kan.

Sebab tu bila saya cari hotel untuk menginap, saya akan pilih hotel yang harganya berpatutan dan dalam masa yang sama dapat score kepuasan pelan ggan yang tinggi. Banyak tau hotel yang dapat score tinggi. Kena pandai pilih dan juga baca review pelanggan.








Vi Boutique Hotel ni walaupun ia hotel budget tapi konsepnya, hospitaliti yang ditawarkan lebih kurang sama macam hotel yang ada banyak bintang. Cuma, ia tak menawarkan sarapan pagi.

Apa yang disediakan dalam bilik?

Televisyen skrin rata, minuman 3 in 1, kettle dan cawan, sinki yang terletak di luar toilet, penyangkut baju, bantal dan katil yang empuk, tandas yang bersih dan kelengkapan amenities










Hiasan yang ditampalkan di dinding adalah pemandangan sawah padi. Memang cantik dan elegan hotel ini.

Untuk booking hotel bolek klik sini Vii Boutique Hotel

Kalau nak join aktiviti sekitar Kuala Selangor macam eagle feeding, tengok kelip kelip, blue tears dan sky mirror, boleh beli terus di sini >>>Tiket aktiviti menarik Kuala Selangor<<<

No comments:

Post a Comment