Tak habis-habis saya ni kan. Asik tidur hotel je. Hahaha. Ok ni sebenarnya cerita lama. Saya je yang lambat update di blog. Abah la yang selalu ajak tidur hotel di PD memandangkan PD ni tak jauh sangat dari rumah. Lebih kurang 30 minit dari rumah mak abah di Senawang.
|
Bilik yang pertama. Tiada bilik air peribadi, tapi ada balkoni. Lagi besar dari bilik yang kedua |
Hotel Bayu Beach Resort ni saya tolong book bilik yang ada dua bilik di dalamnya. Macam apartment tapi bukan apartment. Untuk pengetahuan Bayu Beach Resort ada penginapan jenis apartment, ada jenis hotel.
|
Bilik yang kedua, kecil sedikit dari bilik pertama. Tapi bilik ini ada bilik air sendiri (peribadi) |
Ok berbalik kepada bilik yang kami duduk tu, setiap bilik ada dua katil single. Ada dua tandas + shower dan satu bilik mandi (shower sahaja). Di ruang tamu ada televisyen jenis skrin rata bersama beberapa chanel yang agak best.
Malam tu saya bantai tengok Astro NatGeo. Maklumlah rumah sendiri takde Astro NatGeo. Tambahan pula malam tu ada rancangan favourite saya, Air Crash Investigation. Apa lagi, tak lepaskan peluang punya.
Kat ruang tamu ada sofa, meja kopi, penghawa dingin, meja kecil, kettle, gelas dan minum 3 in 1. Setiap bilik pula ada bantal extra dua biji. Memandangkan kami sedikit ramai dari kapasiti asal bilik, saya bawa sendiri tilam bantal dari rumah. Di ruang tamu boleh bentang tilam atau toto. Bolehlah tengok tv sampai terlelap! (aish tak senonoh kan).
Overall bilik kami ni ok saja. Cuma masa mula-mula masuk tu bau bilik agak sedikit hapak.. bila buka aircond, bau tu hilang. Pencahayaan juga agak kurang dan kami tak dapat pemandangan yang betul-betul mengadap laut. Mungkin sebab check in lambat, tu yang dapat bilik yang macamtu. Lagipun memang ramai sangat orang. Nak tak nak kena redha la.
So lain kali kalau nak dapat bilik yang best, kena check in awal-awal. Kalau dia kata boleh check in pukul 3, kena ada depan kaunter pukul 3. Bukannya pukul 5 baru nak check in.
|
Pemandangan dari bilik kami |
|
Ini apartment, juga di bawah pengurusan Bayu Beach Resort |
|
gelanggang bola tampar pantai |
|
Pantai depan resort |
|
masya ALLAH cantiknya |
|
macam dusun pulak |
Tempahan online di Trip.com di link ini Bayu Beach Resort PD
No comments:
Post a Comment