Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 28 November 2017

Pemandangan musim luruh dan penampakan Geisha di Gion Kyoto

Kami ke Gion, Kyoto, dua hari terakhir kami di Osaka.

Masa ni dah start sedih sebab esoknya dah kena balik Malaysia.

Huaaaa.  Rasa tak puas menatap keindahan yang ada di wilayah Kansai ini. 

Kami ke Gion dengan menaiki Keihan Railway,

bertiketkan Kansai Thru Pass.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Sampai saja di Gion,

ramainya umat manusia di sini.

Maklumlah Gion kan salah satu tourist attraction.

Masa ni nak jalan pun siap berlaga bahu dengan orang lain

sebab sesak yang amat, ahaha.

Tapi sesak sesak pun,

gagah jugaklah sebab nak sangat tengok kawasan Gion

yang classic dan tradisional tu.



Tengah tengok-tengok restoran dan kedai-kedai yang ada di Gion,

tiba-tiba ternampak seorang Geisha putih melepak sedang berjalan laju

tetapi dengan tertib langkah seorang Geisha.

Sopan, tertib, teratur.

Haa macamtu dia jalan.

Langkahnya pendek-pendek.



Orang cakap, susah nak bertembung atau terserempak dengan Geisha di Gion

kerana kemunculan mereka yang sangat jarang di hadapan orang awam.



Kiranya kami ni bernasib baiklah ye sebab berpeluang melihat Geisha dengan lebih dekat. 

Geisha ada keunikannya tersendiri

sehinggakan banyak dokumentari menceritakan tentang mereka.

Geisha juga dikenali sebagai Geiko dan Maiko (senior dan junior).

TV1 juga pernah pernah menerbitkan dokumentari tentang  Geisha.

Kalau zaman dahulu Geisha terkenal sebagai pelayan lelaki

atau sinonim dengan pelacuran.

Tapi itu zaman dahulu kala ye.



Zaman moden ini, Geisha tidak lagi dikaitkan dengan pelacuran

tetapi tugas mereka adalah profesional.

Mereka berbakat dalam tarian tradisional Jepun,
bermain alat muzik, mahir dalam upacara minum teh, Bunraku dan lain-lain.



Untuk lebih mudah faham, nama lain mereka adalah "performing artist".

Dengar cerita servis mereka sangat mahal dan ekslusif.

Mehla tengok gambar-gambar sepanjang kami berada di Gion.





pemandangan musim luruh di gion kyoto





pemandangan musim luruh di gion kyoto














Tengoklah bandar dia tu. Nampak classic kan?

Tapi pengalaman ke Gion ni serius best.

Berjalan-jalan di dalamnya seolah-olah

mengembalikan kita kepada zaman kegemilangan Gion,

semasa kawasan ini masih hidup.


Premis-premis di sini telahpun dijadikan restoran dan outlet ekslusif.



======================



Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<



No comments:

Post a Comment