Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 30 November 2017

Biskut coklat dari Jepun yang halal dan sedap yang patut anda cuba

Biskut coklat dari Jepun yang halal dan sedap yang patut anda cuba.

Ada satu biskut coklat yang halal dan sedap yang kami beli di Osaka.

Sekali makan je memang ketagih nak makan lagi dan lagi dan lagi.

Sebenarnya biskut ni ada dijual di Malaysia tapi tak banyak tempat yang jual.

Kalau di Jepun, boleh dikatakan agak mudah nak dapat dan harganya juga murah.

Semasa kami ke Shinsaibashi,
terjumpa ada satu kedai yang jual biskut ni.

Harga yang dia jual masa tu pulak,
paling murah kami jumpa di sana iaitu 73 yen sahaja.

73 yen bersamaan RM2.66.

Family saya memang borong habis biskut ni sampai berpuluh-puluh,
untuk diberi sebagai cenderahati dan makan sendiri.




Jenama biskut ni, Bourbon Alfort.

Ada beberapa perisa

dan yang saya paling suka warna biru dan hitam (dark chocolate).



Biskut kapal Jepun



Status halal

Alhamdulillah statusnya halal 
kerana menggunakan bahan-bahan yang mesra pengguna muslim 
dan diperakui oleh Halal Foods In Japan

Boleh dapatkan maklumat lanjut 
tentang makanan halal yang boleh dimakan di Jepun di 



No comments:

Post a Comment