Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 27 September 2017

Menyusuri pemandangan sawah padi bersebelahan laut di Perlis

Pemandangan sawah padi dan laut di Kampung Sanglang Perlis. Gambar-gambar ni saya ambil pada tahun 2011, semasa saya dan rakan-rakan serumah ke Kampung Sanglang,  Perlis memenuhi undangan perkahwinan salah seorang rakan kami juga. 

 Kami menyusuri jalan dari Kampung Sanglang hingga bertemu jalan persisiran pantai tak jauh dari kampung tersebut. Kawasan ini unik kerana kita boleh lihat dua-dua pemandangan laut dan pemandangan sawah padi pada masa yang sama. Sebelahnya laut, seberang jalannya pula sawah padi. Kelihatan juga bot-bot nelayan di sini. Barangkali penduduk kampung ini 'ramai yang berkerja sebagai nelayan. 


Saya memang sangat sukakan pemandangan semulajadi seperti ini. Kalau boleh memang nak duduk lama-lama di sini. Tapi apakan daya,  malam tu kami perlu pulang semula ke Bangi.


Harap-harap direzekikan untuk kembali ke sini lagi satu hari nanti. Mungkin selepas ini dengan keluarga pula.





















2 comments:

  1. Gambar yg tgh2 jln tu, kiri kanan ada dua pemandangan tu, menarik sgt..
    Klu dpt turun kt jln, amek gmbr, baru real..😎

    ReplyDelete