Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 6 August 2016

Review Krim Herba Tropika untuk selsema

Alhamdulillah segala puji Allah yang memberikan kesembuhan. Saya nak cerita tentang satu produk yang saya puashati dan saya guna sejak anak saya masih baby sampailah sekarang ni umur dia dah 3 tahun lebih. Krim Herba Tropika. Setiap kali anak saya terkena batuk dan selsema, takde ubat lain yang saya bagi selain Krim Herba Tropika. Memang saya perhatikan sejak dulu lagi, kalau saya sapu krim ni bila Sumayyah start batuk dan selsema, keesokan harinya mesti baik terus.



Alhamdulillah, asbab produk ni selsema, hidung tersumbat dan batuk dia terus baik. Baru-baru ni pulak, Sumayyah terkena selsema. Sekali dengan pakej batuk pulak tu. Malam tu dia susah sangat nak tidur. Merengek-rengek sebab susah nak bernafas. Saya pun apa lagi cepat-cepat sapu kat dada dia, belakang badan dan tapak kaki. Dalam 10 minit lepastu tiba-tiba dah tak dengar bunyi zrot zrot (hidung tersumbat), dan dia senangnya terus lena sampai pagi.Selepas beberapa hari Sumayyah baik, saya pulak kena selsema. Siksa rasa. Tekak gatal-gatal, batuk-batuk dan hidung berair. Saya pun susah nak bernafas jugak masatu, maklumlah hidung tersumbat. Lepastu teringat nak pakai krim pada diri sendiri. Apa salahnya cuba walaupun produk ni dibuat khusus untuk kanak-kanak dan baby. Saya sapu kat bahagian tengkuk, dada dan belakang badan. Mula-mula lepas sapu tu rasa macam hangat je. 

Dalam beberapa minit lepas tu, hidung tersumbat clear, batuk reda, gatal-gatal tekak jadi berkurang. Heran jugak, apasal krim ni magik sangat? Sempatlah berburuk sangka kejap hahaha (saya terfikir entah bahan apa dia letak dalam ni? Suspicious dibuatnya. minyak kelapa dara dan halia. Ooo padanlah. Semua bahan-bahan ni mempunyai khasiat tinggi. Sebagai contoh bawang putih dan minyak kayu putih tu sangat bagus dalam menentang jangkitan kuman. Minyak kayu putih pulak fungsi dia lagi antaranya menghangatkan badan, patutlah kahak jadi cair dan terus lega masalah hidung tersumbat. Minyak kelapa dara dan halia pun kaya antioksida. Pernah ada satu hari tu saya tak sedap perut, rasa memulas-mulas macam banyak angin, Saya sapu krim herba, rasa lega juga. Saya rekemen produk ni pada ibu-ibu yang anaknya ada masalah selsema, batuk dan hidung tersumbat. Boleh dapatkan di kedai-kedai herba atau  beli online di laman web BabyDash di link ini >>>Krim Herba Tropika<<<



No comments:

Post a Comment