Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 1 April 2016

6 kepentingan minum air kosong kepada tubuh badan anda

6 sebab kepentingan minum air kosong yang cukup kepada tubuh badan.  Ada sesetengah orang sangat tak gemar minum air kosong. Yang dia tahu air manis, air manis, air manis saja. Baik, saya nak cerita sedikit kelebihan minum air kosong, tambah-tambah semasa musim panas kemarau macamni, kita kenalah minum air kosong secukupnya. Ada orang panggil air kosong  ni, air putih. Ada yang panggil air mati. Ada yang panggil air masak. Takpe, sama spesies saja dengan air kosong. 





Kalau tanya saya macamna nak tahu badan kita cukup air atau tidak? Saya akan jawab tengok warna air kencing. Kalau air kencing warnanya keruh atau kuning, kemungkinan tubuh anda tak cukup air. Lebih-lebih lagi kalau disertai beberapa simptom. Kalau warna air kencing jernih dan putih dan badan rasa segar bertenaga,  Insya Allah cukuplah tu.





Jom kita tengok kelebihan minum air kosong kepada kita, organisma yang bernama manusia. 

1. Nampak muda dari usia sebenar.

Sape tak suka nampak muda dari usia sebenar,  sila angkat tangan. Hahaha. Saya sendiri pun suka nampak muda. Minum air kosong secukupnya akan memastikan kulit  lembap dan menghalang kulit dari kehilangan air yang banyak yang akan mengakibatkan kulit timbul garisan halus atau menjadi berkedut. Kurang air akan menyebabkan kulit nampak kering tau. Anda mesti pernah baca kisah seorang wanita yang minum air 3 liter sehari asalnya untuk rawat sakit kepala yang dia hidapi, tetapi apa yang berlaku, kedut dan garisan muka dia hilang, muka dia nampak lebih muda. 


2.  Memastikan keseimbangan bendalir dalam badan.

Kita semua tahu kan organisma berdarah panas macam kita ni, 70% kandungan tubuh adalah air. Air diperlukan untuk proses-proses dalam tubuh berlaku dengan jayanya seperti  pencernaan, penyerapan zat-zat dan nutrien, pengangkutan nutrien ke sel-sel, penghasilan air liur, dan kawalan suhu badan. 

3. Mengawal pengambilan kalori oleh tubuh
Daripada ambik air manis, elok banyak minum air kosong. Insya Allah takkan berlaku pengambilan kalori yang berlebihan. Minum air kosong secukupnmya juga boleh membantu tubuh rasa kenyang jadi keinginan minum air manis tu jadi terbantut. Tahu kan minum air manis ni boleh menyebabkan badan jadi gemuk?

4. Membantu meningkatkan fungsi ginjal

Bila minum air kosong secukupnya, ginjal dapat berfungsi dengan optimum. Dengan ini dapat bantu ginjal membuang toksin dan bahan buangan secara efektif.

5.  Melancarkan proses penyahtinjaan

. Air membantu najis bergerak dengan lancar di dalam usus dan mengelakkan najis menjadi kering. Apa berlaku bila badan tak cukup air? Tubuh badan akan menarik air dari najis untuk kekalkan penghidratan dan ini yang menyebabkan sembelit. 

6.  Memberi tenaga kepada otot untuk bekerja dengan baik

Beri tenaga kepada otot? Maksudnya bina otot macam ahli bina badan tu ke? Ok tidak tidak. Jangan salah faham. Beri tenaga kepada otot ni supaya tubuh badan kita ada cukup tenaga untuk bekerja. Sebenarnya semua anggota badan kita ada otot. Otot kaki, otot tangan, otot mata, otot jantung dll. Kalau otot tak cukup air, otot tiada tenaga yang cukup untuk buat kerja, tu yang rasa badan tak larat je, rasa lemah tak bermaya je. Nak lari, nak naik tangga pun alahai takde tenaga, lomah je rasa badan.



Ok, jom kita minum air secukupnya mulai dari sekarang. Jangan sampai bila orang jumpa kita dia cakap, "muka awak nampak matang dari umurlah".  Maksud tersirat dia sebenarnya nak cakap kita nampak tua. Haha

2 comments:

  1. kihkih malas nak ngaku tapi memang benar tak gemar sangat minum air putih ni..... selalu memang amik air manis...

    Tapi dengan keadaan cuaca camni, memang kerap juga dah amik air putih.. part muka matang dari umur tu..... banyak juga kenalan tegur.. tapi buat taktau je lah :D

    ReplyDelete
  2. The image "Urine Color Chart" above is from our article http://www.ehealthstar.com/test/urine-color-chart . I would be happy if you can mention the source by putting a live link to our article below the image.

    ReplyDelete