Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 20 March 2016

Bestnya bercuti di Klana Beach Resort, Port Dickson



Bestnya bercuti di Klana Beach Resort, Port Dickson.

Hari Jumaat dan Sabtu lepas,
saya sekeluarga bercuti di Klana Beach Resort Port Dickson.

Sebenarnya suami ada kursus di sini bersama-sama rakan sejabatan dia.  

First time masuk bilik, berbunga-bunga hati sebab dapat bilik mengadap sea view.

Bilik sederhana saiznya, tapi cantik.  Bilik pun bersih.

Walau dah 5 tahun beroperasi, semua peralatan dia nampak macam baru lagi.

Apa kemudahan yang ada dalam bilik?

-peti ais

-televisyen

-siaran astro beberapa chanel

-wifi percuma

-toilet yang bersih

-almari dan beberapa hanger

-kettle, cawan, gelas

 -teh +kopi bancuh sendiri+ gula +creamer

-kerusi untuk duduk-duduk

-hair dryer

-seterika

-peti untuk simpan barang berharga

bantal extra

-Al-quran dalam laci, sejadah, arah kiblat

Hotel bawah seliaan MAINS dan JAWHAR

Hotel Klana Beach Resort ni di bawah seliaan Mains dan Jawhar.

Agak islamic juga.

Kadang-kadang dengar pasang lagu nasyid
dan bacaan ayat-ayat al quran Kolam renangnya asing lelaki perempuan.

Bagus kan?

Bilik tak banyak pun di hotel ni.
Ada 80 lebih sahaja biliknya.

Itu yang dengar cerita setiap hujung minggu mesti penuh, tambah-tambah kalau cuti sekolah. Mungkin hari bekerja adalah kot bilik kosong.

Kat sini pun selalu jugak agensi kerajaan buat program. 




hallway
















pemandangan dari bilik



Tangga dari hotel menuju ke pantai


Kolam renang asing lelaki dan perempuan


Kolam yang kecil tu untuk kanak-kanak


Anugerah Penarafan Kebersihan Premis Makanan



Hotel ni pun pernah dapat sijil penarafan kebersihan premis makanan "SANGAT BERSIH' oleh Majlis Perbandaran Port Dickson.

 Kagum den. 



Sesuai bawa anak-anak mengenal ilmu falak

Hotel ni jugak sesuai bawak anak-anak pergi bercuti 
sebab dia hotel yang educate orang awam tentang ilmu falak, angkasa lepas, 
mengenal planet-planet di sistem cerekawala. 

Budak-budak mesti suka. Siap boleh tengok permukaan bulan dan planet melalui teleskop.

Malam tu kami pergi tengok bulan melalui teleskop terbesar di Malaysia. 

Boleh cerap planet dan bulan

Teleskop tu ada di balai cerap, kompleks Baitul Hilal, milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dalam kawasan yang sama dengan hotel.  

Memang satu pengalaman baru buat kami

Nanti saya akan cerita pengalaman tengok permukaan bulan 
secara live melalui teleskop ok. 


Sarapan pagi

Sarapan dia sedap dan banyak pilihan makanan.  
Tapi maaflah saya tak ambik gambar pulak. 

Ada banyak package ditawarkan di hotel ni. 
Ada package honeymoon jugak. 

Sesuai untuk pengantin baru yang nak berbulan madu. 



Kesimpulannya, saya sangat suka hotel ni 
dan memang nak ajak family member lain untuk menginap di sini. 

Pasti puas hati. 


Kalau anda nak book hotel ni, better cepat-cepatlah. 

Sebab seperti yang saya cakap, hotel selalu penuh 
terutamanya hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Dan book lebih awal lagi baik supaya nanti tak menyesal di kemudian hari, hehe.


Untuk tempahan di Trip.com klik link ini
>>>Klana Beach Resort Port Dickson<<<


Sambungan entry bercuti di Klana Beach Resort Port Dickson Bercuti di Port Dickson: Tengok permukaan bulan secara live melalui teleskop!  









No comments:

Post a Comment