Bercuti di Port Dickson: Tengok permukaan bulan secara live melalui teleskop!

Pengalaman tengok permukaan bulan secara live melalui teleskop, semasa bercuti di Port Dickson.  Sambungan dari entry sebelum ini Bestnya bercuti di Klana Beach Resort, Port Dickson.

Malam tu, lepas makan malam kami jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Tiba-tiba ada sorang lelaki panggil kami, encik nak tengok bulan tak? Rupanya dia staff di sini, di Baitul Hilal. 

Wah, ada teleskoplah! Teleskop tu diletak di perkarangan hotel. Lepastu kami tengok ramai orang berkumpul-kumpul kat situ. Nampak semua macam berebut-rebut nak tengok. Kami pun pergilah sana. Ok, nak tengok bulan semua kena bersabar dan tunggu gliran masing-masing. Di langit pada waktu itu kelihatan bulan, tidak terlindung oleh mana-mana awan. 

Tiba giliran saya.. "Masya Allah, Subhanallah". Saya dapat tengok permukaan bulan secara live melalui teleskop. Macam tak percaya. Boleh nampak lubang-lubang dan kawah-kawah pada bulan dengan jelas dan terang. 

Selama ni tengok bulan dari gambar, nampak macam licin je kan. Bulan sebenarnya berlubang-lubang ok. Jadi pepatah kulit wajah licin bak bulan tu memang tak valid lah. Haha.

Ada satu kawah terbesar di bulan yang dinamakan Copernicus. Kawah ni diameternya 90 km. Port Dickson- Kuala Lumpur  pun 70 km tau. Kedalamannya 30 km, lebih kurang jaraknya antara Seremban Bangi. Sangat besar dan dalam. 

Allah Maha Hebat, Allah Maha Besar.

Gambar real bulan, ambil dari teleskop, guna telefon suami

 Dalam pukul 10.30 malam, kami bergerak ke Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal pulak sebab malam tu dijadualkan nak tengok planet Musytari dan bulan.


Teleskop terbesar di Malaysia


Kami berpeluang tengok bulan melalui teleskop terbesar di Malaysia. Masa pergi sini,punyalah ramai orang. nak tengok kena beratur panjang dan tak boleh tengok lama-lama. Saya pun berpeluang juga tengok bulan melalui teleskop terbesar di Malaysia. Kali ni lebih jelas dan lebih dekat..



Kawah Copernicus. Sumber foto Wikipedia



Ada sedikit briefing juga dari pegawai bertugas. Dia cerita ada berpuluh-puluh bintang yang jauh, jauh, jauh lebih besar dari matahari. Boleh bayangkan tak? Selama ni kita rasa matahari dah cukup besar dah. Ada ciptaan Allah yang teramat besar lebih dari tu.  Maaf, saya tak sempat ambil gambar, tapi ada gambar yang menceritakan perkara yang sama di Wikipedia.



Bintang yang jauh lebih besar dari matahari. Sumber foto: wikipedia


Mungkin ada lagi ciptaanNya di angkasaraya yang kita tak tahu, yang saintis belum jumpa. Sungguh, ilmu kita ni hanya setitis dari lautan luas. Jadi, jangan angkuh dan jangan sombong.


Lepas tengok bulan tu, ada aktiviti tengok Musytari pulak,  kami dah tak larat nak tunggu lama lagipun dah larut malam kan. Maka kami terus balik ke bilik. Rasa rugi jugak tapi nak buat macam mana, orang terlalu ramai. Mungkin next time datang masa bukan cuti sekolah, masa hari bekerja bukan weekend. 

Kepada anda yang tercari-cari tempat terbaik untuk bawa anak-anak bercuti, bawalah mereka bercuti di Klana Beach Resort Port Dickson. Selain hotel yang best, anda boleh bawa anak-anak mengenal ciptaanNya tentang alam angkasa lepas yang penuh rahsia dan misteri. Kat hotel ni akan jumpa macam-macam info tentang ilmu falak dan angkasa lepas. Tengok planet melalui teleskop satu pengalaman yang menarik.   Seronok tau. 





Previous
Next Post »