Bestnya bercuti di Klana Beach Resort, Port Dickson

Hari Jumaat dan Sabtu lepas, saya sekeluarga bercuti di Klana Beach Resort Port Dickson. Sebenarnya suami ada kursus di sini bersama-sama rakan sejabatan dia.  

First time masuk bilik, berbunga-bunga hati sebab dapat bilik mengadap sea view. Bilik sederhana saiznya, tapi cantik.  Bilik pun bersih.

 Walau dah 5 tahun beroperasi, semua peralatan dia nampak macam baru lagi. Apa kemudahan yang ada dalam bilik?

peti ais
televisyen
siaran astro beberapa chanel
wifi percuma
toilet yang bersih
almari dan beberapa hanger
kettlle, cawan, gelas
 teh +kopi bancuh sendiri+ gula +creamer
kerusi untuk duduk-duduk
hair dryer
seterika
peti untuk simpan barang berharga
bantal extra
Al-quran dalam laci, sejadah, arah kiblat
welcome snacks:  kurma+ kismis

Hotel Klana beach Resort ni di bawah seliaan Mains. Agak islamic
juga. Kadang-kadang dengar pasang lagu nasyid dan bacaan ayat-ayat al quran Kolam renangnya asing lelaki perempuan. Bagus kan?

Bilik tak banyak pun di hotel ni. Ada 80 lebih sahaja biliknya. Tu yang dengar cerita setiap hujung minggu mesti penuh, tambah-tambah kalau cuti sekolah.  Mungkin hari bekerja adalah kot bilik kosong. Kat sini pun selalu jugak agensi kerajaan buat program. 




hallway
















pemandangan dari bilik



Tangga dari hotel menuju ke pantai


Kolam renang asing lelaki dan perempuan


Kolam yang kecil tu untuk kanak-kanak




Hotel ni pun pernah dapat sijil penarafan kebersihan premis makanan "SANGAT BERSIH' oleh Majlis Perbandaran Port Dickson. Kagum den. 

Kalau baca komen-komen pelanggan yang pernah datang sini, mereka rate  hotel ni 8.1. Wah mantap.


Hotel ni jugak sesuai bawak anak-anak pergi bercuti sebab dia hotel yang educate orang awam tentang ilmu falak,  angkasa lepas, mengenal planet-planet di sistem cerekawala. Budak-budak mesti suka. Siap boleh tengok permukaan bulan dan planet melalui teleskop.

Malam tu kami pergi tengok bulan melalui teleskop terbesar di Malaysia. Teleskop tu ada di balai cerap, kompleks Baitul Hilal, milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,  dalam kawasan yang sama dengan hotel.  Memang satu pengalaman baru buat kami

Nanti saya akan cerita pengalaman tengok permukaan bulan secara live melalui teleskop ok. 


Sarapan dia sedap dan banyak pilihan makanan.  Tapi maaflah saya tak ambik gambar pulak. 

Ada banyak package ditawarkan di hotel ni. Ada package honeymoon jugak. Sesuai untuk pengantin baru yang nak berbulan madu. 



Kesimpulannya, saya sangat suka hotel ni dan memang nak ajak family member lain untuk menginap di sini. Pasti puas hati. 


Kalau anda nak book hotel ni, better cepat-cepatlah. Sebab seperti yang saya cakap, hotel selalu penuh terutamanya hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Dan book lebih awal lagi baik supaya nanti tak menyesal di kemudian hari, hehe.



Sambungan entry bercuti di Klana Beach Resort Port Dickson Bercuti di Port Dickson: Tengok permukaan bulan secara live melalui teleskop!  
Previous
Next Post »