Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 10 February 2018

Pemandangan sawah padi di Kuala Pilah

Pemandangan sawah padi di Kuala Pilah. Maaflah aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi kat blog aku. Kadang-kadang banyak idea, maka banyaklah entry aku tulis. Ada masa idea ada tapi takde mood nak tulis. Selalu jugak termenung depan laptop sebab tak tahu nak mulakan ayat macam mana ahah/ Inilah namanya asam garam dalam dunia penulisan.




Aku nak share beberapa keping gambar pemandangan sawah padi di Kuala Pilah. Aku jumpa masa godek-godek desktop aku. Gambar lama.  Gambar ni aku ambil masa tahun 2012. Memang cantik pemandangan sawah padi di sana. Untuk pengetahuan lokasi sawah padi dalam gambar aku ini terletak bersebelahan Restoran Warisan Terachi. Lepas siap-siap makan, aku dengan adik aku tak lepaskan peluang bergambar di sini.  Memang strategik betul restoran ni. Sambil makan boleh cuci mata tengok pemandangan sawah padi yang terbentang depan mata. 



Aku rasa kalau nak buat photoshoot di sini sangatlah sesuai. Aku dan keluarga kalau ke Pantai Timur dan bertolak dari Senawang memang akan lalu kawasan Kuala Pilah. Serius apa yang aku boleh katakan, Kuala Pilah memang cantik dan masih kekal dengan ciri-ciri tradisionalnya. 

 Percaya tak selalu juga aku dan keluarga aku datang ke kawasan Kuala Pilah semasa hujung minggu untuk sarapan pagi di sana. Semata-mata nak tengok keindahan alam ciptaan Tuhan sambil menikmati sarapan pagi. Best!





Di Kuala Pilah jugalah antara daerah yang kita boleh dengar loghat Negeri Sembilan yang pekat. Kalau di Senawang dan Seremban, sangat jarang dengar orang bersembang dalam loghat Negeri Sembilan.

Kuala Pilah merupakan satu lokasi yang tidak kurang menariknya di Negeri Sembilan. Banyak tempat menarik yang kita boleh terokai di sana. Selain melihat keindahan sawah padi dan kampung-kampung yang ada di sekitarnya, ada beberapa lokasi bersejarah yang sentiasa menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Patutlah banyak penggambaran drama dijalankan di Kuala Pilah. 

Sejak sudah ada lebuhraya menggantikan laluan Bukit Putus, semakin mudah untuk sampai ke Kuala Pilah.


No comments:

Post a Comment