Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 14 February 2018

Apa yang menarik di Kompleks Baitul Hilal Port Dickson

Kompleks Baitul Hilal merupakan salah satu lokasi menarik yang ada di Port Dickson. Terletak berhadapan hotel Klana Beach Resort, peranannya bukan sekadar melihat anak bulan puasa atau anak bulan raya tetapi merangkumi pendidikan dan kajian yang berkaitan dengan sistem planet dan angkasa. Di sini terletaknya teleskop terbesar di Malaysia bersaiz 24 inci. Saya berpeluang menggunakan teleskop terbesar ini semasa kunjungan pertama kali di Kompleks Baitul Hilal pada tahun 2016 dan kunjungan kedua pada Februari 2018. Pengalaman yang unik dan mengagumkan bagi saya.

Kompleks Baitul Hilal. Observatory Deck ialah bahagian paling tinggi dan berbentuk kubah


Alhamdulillah saya juga memperoleh sedikit ilmu yang berkaitan ilmu falak, antara yang saya boleh kongsikan ialah ada cahaya dari bintang yang kita nampak dari langit jaraknya ialah 8 minit. Maknanya kalau kita nampak bintang berkelip-kelip pada malam hari,  cahaya yang kita nampak sekarang sebenarnya telah berlansung 8 tahun yang lepas di sistem cerekawala. Kerana cahaya bintang tersebut mengambil masa selama 8 tahun untuk sampai pada kita. Punyalah jauh bintang-bintang tu dari kita.

Cahaya matahari yang kita dapat sekarang ini mengambil masa hampir 8 minit untuk sampai pada kita. Matahari tak sejauh bintang-bintang sebab itu hanya 8 minit saja diambil berbanding cahaya dari bintang.

Sebesar-besar matahari yang kita ketahui selama ini, sebenarnya ada bintang-bintang lain yang saiznya berkali-kali ganda lebih besar dari matahari. Sungguh hebat ciptaan Ilahi. Tak terjangkau dek akal kita.

Jika anda naik ke observatory deck, akan ada pegawai bertugas yang menceritakan tentang sistem cerekawala termasuk matahari,   bintang dan planet.


kredit hotels.com




Kompleks ini juga selalu mengadakan aktiviti cerapan yang berkaitan dengan fenomena semasa yang melanda negara. Contohnya fenomena Super Blue Blood Moon yang berlaku pada Januari 2018, fenomena hujan meteor Geminid yang berlaku pada Disember 2017 dan hujan meteor Perseid yang berlaku pada Disember 2016.

Anda berpeluang masuk ke Kompleks Baitul Hilal Port Dickson secara percuma sekiranya anda menginap di Klana Beach Resort Port Dikson.

Kalau dah terdetik dalam hati anda untuk bercuti di Klana Beach Resort dan menyertai aktviti cerapan di Kompleks Baitul Hilal, cepat-cepatlah buat tempahan.



Hotel ini sentiasa penuh pada hujung minggu, cuti umum dan jika ada fenomena falak yang berlaku.

Boleh tempah secara direct dengan hotel di talian 06-6487888

atau buat tempahan secara online  di link ini >>Klana Beach Resort<<


No comments:

Post a Comment