Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 7 February 2018

6 tips cari penginapan dan hotel dengan harga yang lebih murah

Tak lama Tahun Baru Cina akan tiba. Waktu itu pelajar sekolah akan bercuti panjang, ibu bapa pun sama dapat turut bercuti panjang memandangkan tarikh Tahun Baru Cina jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Anda sudah merancang bercuti ke mana-mana pada cuti Tahun Baru Cina nanti? Jika tidak balik kampung, pasti anda sudah merancang nak bercuti ke mana dan mahu menginap di mana. Betul tak? Mesti pening kepala nak cari hotel dan penginapan memandangkan harga pada musim perayaan akan melambung-lambung.


Hotel Klana Beach Resort Port Dickson




Baiklah, saya nak kongsikan sedikit tips tentang cara menginap di hotel dengan harga yang lebih murah. Insha Allah jika ada rezeki anda akan dapat penginapan yang selesa tetapi harganya berbaloi-baloi dan jimat untuk poket anda.

1. Sign up sebagai ahli di laman web tempahan hotel

Sekarang telah banyak website yang menyediakan perkhidmatan tempahan hotel seperti Booking.com, Agoda.com, Hotels.com, Expedia, Traveloka dan banyak lagi.

Disarankan untuk anda mendaftar sebagai ahli dan subscribe untuk mendapatkan newsletter dari mereka tentang tawaran-tawaran hebat yang mereka akan berikan.  Saya sendiri telah mendaftar dan hampir setiap hari mendapat emel tentang harga diskaun di hotel-hotel tertentu. Kadang-kadang mereka juga memberikan kupon diskaun yang kita boleh gunakan untuk menebus harga penginapan yang lebih rendah. Anda juga akan mendapat keistimewaan seperti "rewards'' contohnya  kumpul point dan bila cukup syarat boleh redeem harga penginapan yang dengan harga rendah. Ada juga yang menawarkan reward dalam bentuk penginapan percuma  seperti Hotels.com iaitu cukup 10 tempahan bermalam di website mereka,  kita  akan mendapat 1 malam penginapan secara percuma. Best kan?


2. Semak dan bandingkan harga antara hotel-hotel

Bagaimana nak bandingkan? Pergi saja ke laman web perbandingan seperti Trivago atau HotelsCombined. Anda akan dibawa ke laman web yang menawarkan harga terbaik berbanding laman web lain. Anda juga boleh hubungi hotel tersebut secara direct, mana tahu harga yang diberikan hotel lagi rendah dari mana-mana laman web.

URL Trivago: www.trivago.com

URL Hotelscombined: https://www.hotelscombined.com


3.  Beli kupon penginapan dari laman web "deals dan promosi'' yang dipercayai

Antara website yang menawarkan kupon penginapan ialah Fave. Dulunya dikenali sebagai Groupon. Kita boleh beli voucher mereka yang harganya lebih rendah dari harga pasaran. Dan voucher tersebut boleh ditebus dalam tempoh tertentu. Saya dah lihat voucher-voucher yang mereka tawarkan. Ada pakej penginapan siap dengan theme park. Sangat menarik!

URL Fave: https://myfave.com


4. Menempah di aplikasi

Selain website tempahan yang kita layari di google chrome, mozilla dan sebagainya, kita boleh buat tempahan melalui aplikasi, contohnya aplikasi Agoda dan Booking.com.   Adakalanya harga di aplikasi jauh lebih murah dan berbaloi berbanding harga yang ditawarkan di website. Anda boleh muat turun aplikasi tempahan hotel di Google Play Store.


5. Cari hotel di laman web Nida Rooms atau ZenRooms

NidaRooms dan ZenRooms ini adalah laman web yang menyenaraikan hotel-hotel bajet di Malaysia dan luar negara. Banyak hotel di Malaysia yang mempunyai kerjasama dengan Nida Rooms dan Zen Rooms. Harga yang ditawarkan ada yang serendah RM30 sahaja. 

URL Nida Rooms: www.nidarooms.com

URL Zen Rooms: www.zenrooms.com


6. Tempah pada waktu bukan peak season. 

Ya, tempahlah pada waktu bukan peak season. Peak season ialah cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu. Harga penginapan pada waktu-waktu tersebut jadi melambung mahalnya. Selain itu anda juga dapat mengelakkan stress akibat tersangkut di trafiic jam yang sangat teruk. Contohnya di Cameron Highland, nasihat saya, elakkanlah ke sana pada peak season. Kalau tidak, anda akan menangis  sepanjang perjalanan menuju ke Brinchang dan Tanah Rata.  Kalau tak percaya boleh cuba bercuti pada waktu-waktu yang saya sebutkan tadi. Haha!

No comments:

Post a Comment