Pass yang aku guna di Osaka: Osaka Amazing Pass

by - 20:59:00

Kami beli Osaka Amazing Pass di HIS Malaysia juga. Kami ambil 2day pass. Bila korang beli Osaka Amazing Pass, korang akan dapat guidebook dan juga coupon. Dalam guidebook tu ada disenaraikan tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi dengan Osaka Amazing Pass.





Harga

Harga untuk 2day pass dewasa, 3600 yen termasuk kanak-kanak atas umur 6 tahun. Untuk anak aku yang 5 tahun, percuma. 

1day pass: 2800 yen. Kanak-kanak bawah umur 6 tahun percuma

Cara penggunaan

Kalau beli tiket 1 hari, maka pengguna perlu menggunakannya 1 hari saja. Kalau beli yang dua hari pula, kena dua hari penggunaan berturut-turut. Katakan korang guna hari Selasa. Rabu tak guna, Khamis nak guna balik memang tak boleh. Jadi bila dah beli Osaka Amazing Pass kenalah manfaatkannya sebaik mungkin. 

Kelebihan

Korang boleh naik subway dan train sekitar Osaka unlimited tapi dalam tempoh satu hari atau dua hari saja (bergantung pada jenis pass yang korang beli). 

Satu lagi kelebihannya, dia datangkan sekali dengan pakej boleh masuk ke tempat-tempat tarikan pelancong yang ada di sekitar Osaka. 

Memang best guna Osaka Amazing Pass ni sebab tak payah pening-pening kepala nak beli tiket lain setiap kali nak naik train. Guna saja untuk ke mana-mana di sekitar Osaka sebab dia unlimited. Lagi satu bila kami pergi tempat tarikan pelancong contohnya naik Santa Maria Cruise dan Tempozan Ferris Wheel, just enjoy  saja tanpa beli tiket masuk sebab harganya dah termasuk sekali dalam pass tu. 

Antara tempat yang kami pergi dengan pass ni, Osaka Museum of Housing and Living, Santa Maria Cruise, Tempozan Ferris Wheel, Dotonbori Night Tour. Banyak lagi tempat menarik tapi kami tak sempat nak pergi. 

Dapat diskaun dan special offer

Dengan Osaka Amazing Pass, pengguna boleh dapat diskaun dan special offer seperti kedai dan restoran. Guna saja kupon yang diberikan sekali.

Cara pembelian, boleh dapatkan di HQ HIS Travel atau  mana-mana cawangan mereka, atau boleh juga pembelian secara online di  >>KLOOK.COM<<

You May Also Like

0 Komen