Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 19 December 2017

Pengalaman travel ke Osaka-Kansai Jepun hari pertama

Pengalaman travel ke Osaka-Kansai Jepun hari pertama. 

Flight kami dari KLIA2 jam 8 pagi
dan perjalanan mengambil masa hampir 7 jam.


Oleh kerana bergerak pada waktu siang,
perjalanan terasa agak membosankan.


Mungkin kalau ambil flight malam,
kepenatan dan kebosanan tak terasa sangat
sebab malam bolehlah tidur lama sikit.


Kami sampai di Kansai International Airport
jam 3.45 petang waktu Jepun.



Waktu Malaysia lambat 1 jam dari Jepun.

Ketika kami sampai di Osaka, langit dah mula nampak kelam
menandakan waktu maghrib hampir tiba.


Musim sejuk di Jepun ni tempoh siang pendek.

Lebih kurang jam 4 lebih tu dah masuk maghrib.

Keluar saja dari perut kapal terbang,
dah mula rasa sejuk mencucuk ke tulang.


Tengok suhu, 10 darjah rupanya. 

Kemudian kami menyelesaikan urusan di kaunter imigresen.


Lancar saja urusan di kaunter
walaupun terlalu ramai manusia sedang membuat aktiviti yang sama.


Musim luruh adalah musim yang paling ramai pelancong datang selain musim bunga. 

Pemeriksaan imigresen yang mendebarkan

Bila  selesai urusan cop passport, pemeriksaan bagasi semua,
saya ingat dah selesailah urusan di imigresen. 


Risau jugak kan kalau ada masalah ke apa.

Sebab banyak kali juga dengar imigresen di Jepun agak ketat.

Ingatkan dah boleh keluarlah dari airport.


Rupanya ada satu lagi pemeriksaan imigresen yang kami kena tempuh.

Pegawai-pegawai imigresen yang periksa kami kali ni
adalah pegawai yang memakai uniform warna biru
lebih kurang sama dengan uniform imigresen Malaysia.

Yang cop passport awal-awal tadi pakai baju kemeja warna putih.



Semasa pemeriksaan yang terakhir  hati ni saya berdebar sedikit.

Mungkin inilah pemeriksaan imigresen yang terakhir
yang orang cakap ketat tu dan ada kuasa nak tahan orang dari masuk Jepun.


Diorang panggil saya, suami dan anak datang serentak ke kaunter

sebab nak tanya soalan dan periksa beg kami.


Diorang tanya, datang Osaka untuk apa? Dalam bagasi ni ada apa?

Lepastu ada beberapa soalan lagi dia tanya tapi saya tak ingat.


Kami jawab jujur je sebab buat apa nak tipu-tipu kan.

Kalau tipu nanti diorang boleh detect punya.


Beg backpack kami dan bagasi dia buka semua dan seluk.

Poket-poket beg pun dia buka dan cek.

Oleh kerana takde apa yang kami sembunyikan,
alhamdulillah semua soalan diorang kami boleh jawab dengan tenang.

Dan akhirnya kami dibenarkan keluar dari airport.

Alhamdulillah lega sangat.

Ahli keluarga saya yang lain pun dibenarkan melepasi pemeriksaan imigresen.


pemandangan bahagian luar airport.


Bergerak ke rumah penginapan

Bila dah selesai segala urusan,

tibalah masanya untuk ke rumah penginapan.


Kami naik Nankai Line iaitu Nankai Limited Express Rapit
menuju ke Namba.

Harga tiket untuk dewasa 1430 yen, kanak-kanak atas umur 6 tahun-12 tahun 720 yen.

Untuk kanak-kanak bawah umur 6 tahun percuma.

Semua train di Osaka percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Dari Namba tukar Midosuji Line untuk ke Daikokucho Yotsubashi Station.


Daikokucho station adalah subway station
yang paling dekat dengan rumah penginapan kami di Chuo Ward.



Sampai di rumah penginapan memang tak mana-mana dah
lepastu sebab masing-masing pun dah kepenatan.

dalam train Nankai Line menuju ke Namba.


di Namba beli tiket lain pulak untuk naik Midosuji Line ke Daikokucho Yotsubashi




No comments:

Post a Comment