Telekung untuk kanak-kanak seawal umur 2 tahun

Telekung untuk kanak-kanak seawal umur 2 tahun. Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur dalam lingkungan umur dua tahun, TudungSiComel telah menyediakan satu lagi produk dari brand Pretty Princess Zara iaitu Telekung Bunga khas untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 8 tahun. Saya faham, kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas dah mula aware dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Kita sebagai ibu bapa adalah contoh paling dekat untuk mereka. Sama macam anak saya, usia ini mereka mula meniru apa yang kita lakukan. Kita solat, mereka pun nak solat. Kita pakai telekung, dia pun nak pakai telekung jugak. Jenuh kalau dia nak pakai telekung dan tudung kita yang besar gedabak ni. Tak seswai haha.

Apapun perkembangan meniru dan mengikut apa yang ibu bapa lakukan adalah salah satu perkembangan yang baik dalam proses kanak-kanak membesar. Apa kata kita hadiahkan mereka telekung untuk kanak-kanak yang comel macam Telekung Bunga ni. Masya ALLAH, cute design Telekung Bunga ni. Ada hiasan bunga yang cantik di kepala, dengan gabungan warna yang sweet dan sejuk mata memandang. Telekung Bunga diperbuat dari materia; jersi ringan yang selesa dan Insya Allah tak panas. Harga Telekung Bunga juga berpatutan, tidak sampai RM50.

Mesti mereka suka bila kita bawa mereka ke surau, kita siap pakaikan telekung yang cute untuk mereka. Di samping mendidik mereka tentang kewajipan menunaikan solat, kita juga bawa mereka kenal-kenal dengan surau dan masjid.  Lagipun tak sampai 100 hari kita bakal bertemu bulan Ramadhan, mesti mereka seronok bila kita bawa mereka ke surau untuk bersolat tarawih.


Terdapat 4 saiz iaitu,

 XS untuk umur 2 tahun hingga 3 tahun, 

saiz S untuk umur 4 hingga 5 tahun ,

 M untuk umur 6 tahun 

dan L untuk umur 8 tahun



Terdapat 3 pilihan warna Telekung Bunga iaitu


Lime Green + Sky Blue

Purple + L:ime Green

Blue + Sky orange

 Jika anda berminat, boleh terus order di website TudungSiComel di sini https://tudungsicomel.com. Kena cepat-cepat dapatkan sebab dengar cerita stok tak banyak.

Previous
Next Post »