Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 4 March 2017

Cara hilangkan cengkam kuku ibu jari kaki



Pada satu pagi yang hening, selepas bangun pagi, saya menyedari sesuatu rasa yang pelik dan sangat sakit di bahagian ibu jari kaki.

Dalam hati, "alamak, ni nak kena cengkam lagi ke"?

Kuku ibu jari kelihatan bengkak dan berwarna biru.

Rasa sakit dan berdenyut-denyut.  Oh tidaaaaaaaaaak.


Masih terbayang saat ngeri terkena cengkam kuku ibu jari kaki lebih kurang 9 tahun yang lepas. 

Waktu tu, kuku ibu jari kaki bernanah dan berdarah. 

Sangat sakit dan susah nak jalan. Fuhh oleh kerana tidak tertahan sakit, saya pun jumpa doktor di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi.

 Sesampai di sana, lepas doktor tengok keadaan kuku saya, dia cakap, ni kena buang sikit kuku. Huaaaaaa (amboi berdrama ye kamu Sabrina! hahaha). 

Doktor cucuk sikit ubat bius (local anesthesia) di bahagian ibu jari untuk tujuan kebaskan bahagian yang nak dibuat operation tu supaya saya rasa tak sakit.

Alhamdulillah masa doktor buat operation, lansung tak rasa sakit.

Selepas dia buang kuku tu, kerja saya adalah menjaga bahagian luka yang terbuka tu supaya tak terkena jangkitan.

Balut setiap masa tapi pastikan balutan ditukar kerap, sapu ubat yang dibekalkan.

 Ambik wudhu' pun hanya sapu saja atas balutan.

Alhamdulillah lepas tu kuku baru tumbuh elok dan selepas dua bulan, kuku dah back to normal. 



Bila saya tengok keadaan kuku dan rasa sakit tu sama macam yang saya alami 9 tahun lepas, rasanya 99% memang cengkam kuku.

Tak syak lagi. Saya tak sanggup lagi melalui minor operation. Bukan sebab sakit ke apa, tapi rasa macam susahnya nanti nak kena jaga luka.

 Dengan berbalut bagai. Saya pun cari maklumat.

Ada yang cadangkan, cungkil kuku yang terbenam tu dan sapu ubat asid fusidic.

Kebetulan kat rumah memang ada ubat defuzin (asid fusidic).

Cara hilangkan cengkam kuku ibu jari kaki

1. Mula-mula rendam kaki biar kuku lembut.

2. Ambil ketip kuku yang telah direbus dengan air mendidih untuk tujuan matikan kuman.

3. Cungkil kuku yang terbenam atau mencengkam isi kuku dengan ketip kuku tersebut.
 Tahan sikit, mungkin sakit time nak cungkil tu. Bila kuku dah keluar sikit, nanah akan keluar.

4. Terus sapu ubat asid fusidic. 

Saya ikut step-step di atas tu dan alhamdulillah berkesan, selepas sehari bengkak dan sakit berkurang hingga 90%.

Ubat asid fusidic tu memang membantu bunuh kuman. 

Punca cengkam kuku

Ramai ingat cengkam kuku disebabkan tidak menjaga kebersihan.

Salah tau. Cengkam kuku berpunca dari kuku ibu jari yang tidak dipotong dengan betul.

Dan punca saya terkena cengkam kuku ni sebab potong kuku dengan cara yang salah.

Habit saya dulu memang suka potong secara membulat.

Cara yang betul ialah potong kuku secara lurus, jangan membulat


Jadi kepada sesiapa yang hadapi masalah ini.

Jangan takut jumpa doktor, proses rawatan dengan doktor tak sakit pun,
cuma sekiranya anda nak cuba buat rawatan sendiri, dan sakit anda itu masih di peringkat awal,
boleh cuba cara yang saya ceritakan di atas.

Andaikata keadaan semakin teruk atau anda merupakan seorang pesakit diabetes, anda wajib jumpa doktor.

Jangan tangguh ok.

Dan, sila potong kuku dengan cara yang betul ya. Kalau tak, azab! heheh



3 comments:

  1. Hye..klinik bandar bru bangi klinik ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik DrSuraya, seksyen 3 Bandar baru bangi. Sebenarnya mana2 klinik boleh buat sebab ni minor operation. Sama macam diorg buat rawatan cuci luka :)

      Delete
  2. Untuk rujukan pembaca yang terkena cagu /cengkam.. boleh baca artikel dari Dr Ahmad Mahyuddin di sini

    http://www.mmgazette.com/cagu-masalah-kecil-yang-menyebabkan-kesakitan-besar-dr-ahmad-mahyuddin/

    ReplyDelete