Kenduri kahwin Jawa style

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Bismillah wal hamdulillah


Bulan lepas saya menghantar adik lelaki bernikah di Banting. Pengantin perempuan dari keturunan Jawa yang tinggal di Banting. Keluarga saya juga Jawa, sebelah abah tapi asal dari Johor. Majlis berlansung selama dua hari. Ada beberapa tanda jelas yang menujukkan kenduri ini adalah kenduri keluarga berketurunan Jawa.


1. Kerepek yang dihidangkan di atas meja makan tetamu

Tengoklah tu kerepeknya. Sedap tau. Kat atas meja ada 3 balang kerepek. Saya kan bila dapat benda alah ni, Allah. Tak ingat dunia. Duk menguyah je. Beberapa kali juga saya hadiri majlis perkahwinan keturunan Jawa yang menghidangkan kerepek selain nasi minyak dan lauk pauk. 






2. Pakaian pasukan kompang

Pakaian pasukan kompangnya bercirikan budaya Jawa. Tengok penutup kepala dan baju batiknya. Corak batiknya jelas batik Jawa. Unik kan.







3. Pasukan silat

Bila pengantin sampai je, mereka mempersembahkan silat.  Sebenarnya saya pun tak pasti apa nama silat ni. Masyarakat melayu pun ramai juga yang mempersembahkan silat di majlis kenduri kendara mereka.




Previous
Next Post »