Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 8 October 2014

Krim ruam lampin yang selalu mendapat review baik dari ibu-ibu

Krim yang saya pernah guna untuk mengurangkan inflamasi pada kulit anak yang terkena ruam lampin dan dalam masa yang sama membantu menyembuhkan luka.
Ia adalah krim lampin terbaik yang saya pernah jumpa. Sebelum jumpa krim ni saya ada cuba macam- macam krim untuk legakan ruam lampin anak saya. Sumayyah sebenarnya alergik dengan najis sendiri. Kalau dia buang air besar, saya memang tak boleh lambat-lambat tukar lampin dia. Dan kalau dah naik ruam tu, memang susah nak baik. Pernah sekali tu saya terpaksa guna krim steroid sebab tak tahan tengok penderitaan dia. Guna steroid memanglah hilang tapi tak bagus untuk guna dalam jangka masa yang panjang. Bukan saya nak condemn krim yang doktor bagi ni ya, tapi doktor paediatrik sendiripun nasihatkan kalau nak guna krim yang dia bagi, guna kalau kulit berair saja. Kalau kulit tak berair, tak perlu guna. Krim steroid ni fungsi dia untuk elak jangkitan kuman. Kulit kita kalau dah luka kuman memang senang masuk.


Berbalik pada krim ruam lampin yang saya nak kongsikan ini, satu hari dipertemukan dengan satu krim di sebuah support group cloth diaper. Kebanyakan review kata krim ni sangat berkesan untuk legakan ruam lampin. Saya pun apa lagi, mesti nak cuba. Bila dah cuba, memang berkesan baq hang. Lepastu terus order banyak sekaligus untuk jimat kos pos. Memang dah jatuh cinta krim ni dan tak mungkin tukar krim lain. Seperkara lagi, krim ni guna bahan- bahan natural je tau. Tiada steroid dan tiada bahan kimia berbahaya dan lain- lain. Saya order kat Bamboolite. Nama krim ni CJ's Butter, keluaran Amerika Syarikat.

UPDATE: Saya tengok di website Bamboolite mereka dah tak jual krim ni, tapi anda boleh dapatkan di website ubuy.com.my.  Type Cj'Butter di kotak carian.



LUCAS PAPAW

Ada satu lagi krim multipurpose yang sesuai untuk bayi iaitu krim Lucas Papaw. Saya pernah cerita tentang krim Lucas Papaw untuk sembuhkan luka yang saya alami akibat gigitan anak yang sedang menyusu badan. 

Memang terbaik sebab luka yang saya cepat sembuh. Bahan untuk membuat krim ini ialah dari bahan organik iaitu dari Carica Papaya (betik).  Krim Lucas Papaw juga sesuai untuk ruam lampin. Tekstur krim Lucas Papaw yang likat dan tebal boleh melindungi kulit anak kita yang melecet dari terus luka dan berdarah dan dalam masa yang sama, beri masa pada kulit untuk sembuh. 






 Apapun, saya nasihatkan ibu-ibu yang budiman, bawalah anak berjumpa doktor jika keadaan ruam lampin anak teruk sebab ruam lampin yang teruk jika tidak dirawat dengan  betul boleh mengakibatkan komplikasi lain seperti jangkitan kuman. Ada juga ruam lampin yang disebabkan oleh jangkitan fungus. Jadi,  jangan ragu-ragu dapatkan nasihat doktor, ok. 

Disclaimer: Ini merupakan pengalaman peribadi saya, sekiranya pembaca mencuba krim ini  kerana review dan mendapati mendapat kesan yang sebaliknya, saya tidak bertanggungjawab sama sekali atas kesan yang dialami oleh pembaca .

No comments:

Post a Comment