Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 14 December 2018

Pengalaman menginap di Rivertel, Teluk Intan

Dah lamanya tak update blog, sebulan jugak terbiar.

Saya dan keluarga baru saja pulang dari percutian 3 hari 2 malam di Lumut dan Teluk Intan. Mula-mula pergi Lumut dulu, kemudian baru ke Teluk Intan.





Saya nak kongsikan tentang Hotel Rivertel yang terletak di Teluk Intan. Hotel ini hotel baru. Tak silap saya, pertengahan tahun 2018 dibuka untuk orang awam.

Saya tempah bilik deluxe king, memandangkan kami sekeluarga 3 orang.

Masuk-masuk saja bilik. Terpukau.

Terpukau sebab konsepnya yang moden, susun atur perabot yang kemas, keadaan bilik serta perabot semua  baru dan moden. Katil empuk.




Tingkap bukan main besar lagi. Kalau ikut description hotel ini, mereka memang sengaja buat tingkap yang besar dan luas sebagai specialty di hotel ini. Kata mereka supaya cahaya matahari masuk banyak-banyak untuk bangkitkan mood ceria terutama di waktu pagi .






Hotel ini dilengkapi televisyen LCD, almari, kettle dan air mineral, minuman 3 in 1, cawan, bantal extra 2 biji, peti keselamatan, peti ais. Kebersihan, superb.










Toilet bersih, shower cream yang boleh buat sebagai shampoo juga mereka dah letak siap-siap dalam bekas,  tapi shower cream ni tak boleh bawa balik.



Oleh kerana mereka dah sediakan shower cream,  amenities yang boleh dibawa balik hanya ada berus gigi, ubat gigi, sabun dan shower cap.

Televisyen mereka sediakan chanel 1,2,3 dan Fox Movies, Nickelodeon, Nat Geo dan beberapa channel lain.


Apapun saya sangat suka hotel ni. Rasa taknak balik wei. Katil empuk, air cond selesa. Kalau tidur tu memang taknak bangun dari katil. Hahaha, serius ni tak tipu.

Untuk pengetahuan, hotel ini tak sediakan breakfast ye. Tapi jangan risau, hotel ni tak jauh dari bandar Teluk Intan, bolehlah cari makan di Teluk Intan.

Anda yang nak cari hotel di Teluk Intan, jangan fikir banyak-banyak. Memang saya recommend hotel ini.


No comments:

Post a Comment