Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 21 March 2014

Pengalaman menggunakan bawang putih untuk merawat batuk






Pengalaman menggunakan bawang putih untuk merawat batuk. Bawang putih merupakan bahan yang tidak boleh dilupakan dalam kebanyakan masakan kita. Dengan bawang putih, masakan boleh menjadi sedap. Saya sendiri suka memasukkan bawang putih dalam masakan, lebih-lebih lagi jika ingin memasak ayam goreng atau ayam panggang. Bawang putih baunya agak tidak sedap jika dihidu tetapi khasiatnya  memang banyak.

Saya ada pengalaman di mana mengalami masalah batuk yang sangat teruk dan tidak sembuh-sembuh selama hampir sebulan. Saya akui antara sebab batuk saya tidak sembuh kerana tidak menjaga pantang makan. Dalam keadaan batuk teruk, masih lagi tidak meninggalkan minum minuman berais dan makan makanan berminyak.

Selain itu, saya akan mula terkena batuk, sakit tekak dan selsema bila terminum air yang tidak bertapis. Dalam pada itu saya tetap mengambil ubat batuk yang dibekalkan oleh klinik, namun tetap tidak baik dek kerana tabiat minum minuman berais tak boleh ditinggalkan, sehinggalah saya bertemu dengan satu produk kapsul bawang putih yang dibeli di Cosway.

Sebelum ini juga saya pernah terbaca di artikel-artikel betapa banyaknya khasiat bawang putih. Saya pun apa lagi, dah alang-alang ada bawang putih yang diproses menjadi pil, gunakan sajalah. Nak ambil yang raw, memanglah tak lalu. Haha!

 Saya ambil sebiji sehari selama seminggu dan alhamdulillah, batuk saya semakin lama semakin kurang dan seterusnya sembuh sepenuhnya. Tiada lagi gatal tekak, kahak kuning yang menujukkan terdapat jangkitan kuman. Kalau sebelum itu, batuk yang saya paling takut kerana jika kena pada waktu peperiksaan, dewan peperiksaan yang sepatutnya senyap sunyi akan jadi sangat bising disebabkan batuk saya yang tidak henti-henti.


Tapi penggunaan bawang putih ini perlu diambil secara berhati-hati. Jangan terlalu banyak, jangan berlebih-lebih. Bersederhana itu lebih baik. Untuk sesiapa yang ada sejarah penyakit tertentu, tolong sangat jumpa doktor anda dan dapatkan nasihat mereka dulu tau.



No comments:

Post a Comment