Setiap manusia ada bahagian rezeki masing-masing

Saya teringat perbualan saya dengan seorang sahabat beberapa minggu lalu. Kata beliau, kita tak perlu cemburu dengan kelebihan yang orang lain miliki. Kerana setiap manusia ini telah dikurniakan bahagian rezeki masing-masing. Ini membuatkan saya terfikir, sungguh benar apa yang dikatakannya.






Sebagai contoh kalau kita rasa cemburu tengok orang lain kaya, banyak duit, memiliki kebebasan kewangan, kita lihat dia diuji dengan masalah rumahtangga. Mungkin hari-hari dia kesedihan, berendam air mata. Kita mana nak tahu kan?


Kita cemburu tengok wanita lain yang berwajah cantik, tapi wanita itu diuji pula dengan suami yang panas baran, kaki pukul. Hari-hari jadi mangsa keganasan rumahtangga.

Ada orang diberikan kesihatan tubuh badan, boleh berjalan ke mana saja dia nak pergi tetapi dia diuji pula dengan kesempitan kewangan, gaji yang sedikit. Tak mampu nak rasa makanan yang sedap-sedap dan mewah. Rumah yang serba sederhana  dan tiada perabot. Tidur beralaskan tilam nipis. Ada juga yang sihat tubuh badan tetapi menjadi gelandangan!
 

Ada orang diberikan pasangan hidup yang baik dan sempurna, tetapi diuji pula dengan ketiadaan zuriat, ketidakupayaan untuk melahirkan zuriat sendiri kerana ada masalah kesihatan. Tetapi rezeki dia, mendapat pasangan hidup yang supportive hingga akhir hayatnya.

Ada orang yang dikurniakan anak yang ramai, tetapi ada anaknya yang diuji dengan masalah kesihatan atau tidak normal seperti kanak-kanak lain. Ujian yang memerlukan kesabaran dan ketabahan tahap tinggi dalam menguruskan anak itu.


Ada orang memiliki segala-galanya yang semua orang inginkan,  tetapi satu sahaja, dia diuji dengan masalah kesihatan. Perlu menjalani dialisis setiap hari kerana buah pinggang yang telah rosak.

Lihatlah betapa Allah telah membahagi-bahagikan rezekinya kepada setiap manusia. Tidak ada seorang manusia di atas dunia ini yang memiliki segala kesempurnaan kerana yang Maha Sempurna, yang Maha Kaya hanyalah Allah SWT. 


Jangan cemburu dengan kelebihan orang lain tapi cerminlah diri sendiri, sudahkah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Sekecil-kecil nikmat yang kita takkan dapat bayar dengan selautan emas pun. 

BERSANGKA BAIK DAN BERSYUKURLAH :)

Nasihat untuk diri sendiri dan juga pembaca
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
anajingga
AUTHOR
13 September 2017 at 20:02 delete

ya sabrina, setiap dari kita ada bahagian masing-masing, ada yang kita ada tapi tidak pada insan lain. perkongsian yang baik dari sabrina

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
14 September 2017 at 13:25 delete

terima kasih anajingga. kita kena banyak-banyak bersyukur kan

Reply
avatar