3 cara menjana pendapatan yang berkaitan dengan menulis

Saya nak kongsikan tiga cara menjana pendapatan yang berkaitan dengan menulis. Alang-alang saya sendiri dah mula menceburkan diri dalam bidang penulisan walaupun bukan sepenuh masa. Seronok sebenarnya menulis ni tau. Terasa seperti apa yang ada dalam minda, dapat dicurah dan diluahkan  dalam bentuk yang boleh dibaca oleh orang lain. Puas hati!


source: www.anzaq.com

Tiga cara menjana pendapatan dari rumah yang berkaitan dengan menulis.

1. Menulis artikel. 

Tahukah anda banyak agensi yang mencari penulis artikel untuk dimuatkan dalam website, suratkhabar atau majalah? Harga yang ditawarkan untuk satu artikel pula bergantung kepada jenis penulisan. Saya pernah bertemu beberapa iklan yang mencari penulis untuk menulis artikel dan bayaran yang mereka tawarkan untuk satu artikel minimum RM20 sekiranya artikel tersebut berbentuk penulisan santai tanpa dipetik dengan mana-mana rujukan ilmiah. Sekiranya artikel tersebut dibuat atau dipetik dengan berdasarkan kajian ilmiah, harganya lebih mahal iaitu minimum RM50. Itu baru satu artikel. Kalau 5 artikel, dah berapa yang kita boleh dapat? Pernah juga saya ternampak sebuah iklan yang menawarkan penulisan artikel dalam niche travel. Fuhh ini kalau peminat travel terima tawaran ni, memang masyuk kot sebab sangat banyak boleh dikongsi tentang pelancongan atau travel. Tengok saja blog Have Halal Will Travel. Baca saja artikel mereka memang dah tahu yang mereka ini pengembara tegar!

Kenal tak penulis dan internet marketer bernama Tuan Aqif Azizan? Kepakaran beliau dalam bidang penulisan sememangnya tak dapat disangkal lagi, dan anak murid yang berguru dengan beliau, tak usah cakaplah. Sangat ramai! Kalau anda nak mulakan menjana pendapatan dengan menulis dan tak pasti bagaimana cara bermula, saya cadangkan dapatkan ebook yang ditulis oleh Tuan Aqif Azizan iaitu Rahsia Penulis


2. Menulis blog

Ya dengan menulis blog, anda boleh jana pendapatan. Ramai blogger yang telah berjaya menjana pendapatan dengan blog. Mereka menjana pendapatan dengan cara  menawarkan perkhidmatan review produk untuk para peniaga, menjadi affiliater untuk produk-produk tertentu. Ramai yang berjaya menjana pendapatan tiga hingga empat angka. Kenal tak blogger , Namee Roslan dan Cik Epal? Mereka ini menjana pendapatan kerana bilangan trafik yang tinggi yang ke  berkunjung ke blog mereka.  melalui agensi pengiklanan seperti nuffnang, adsense, innity dan lain-lain.

Nak buat blog tapi tak pasti bagaimana cara bermula? Cuba tengok link ini, Panduan Bina Blog.  Mana tahu boleh membantu anda?  :)

3. Menulis blog sebagai platform mempromosikan produk.

Saya salah seorang yang menggunakan blog sebagai platform untuk mempromosikan produk. Alhamdulillah sekarang blog bisnes saya berada di mukasurat pertama google. Dengan beberapa teknik SEO, alhamdulillah usaha saya menaikkan blog di tempat pertama, berhasil. Bila blog berada di tempat pertama, kalau sesuai cara penulisan dan promosi, insya Allah jualan akan berlaku. Bagaimana cara dan teknik SEO itu, anda perlu belajar tentangnya. Boleh belajar tentang asas SEO dengan otai-otai SEO. Antara blog yang sering saya jadikan rujukan tentang  SEO ialah blog Hasrul Hassan  dan Rujukan Blogger. 

Saya rasa terhutang budi dengan mereka yang tidak lokek berkongsi tentang ilmu SEO. Allah saja yang boleh membalas jasa mereka. 
Sekiranya anda ingin belajar cara menjana pendapatan dengan blog, saya cadangkan ebook Buat Duit Dengan Blog yang ditulis oleh Tuan Ahmad Faiz .

Cukup 3  cara menjana pendapatan dengan menulis, Nanti-nanti ada idea saya tambah lagi.
Previous
Next Post »