Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 21 December 2016

Tudung sekolah beli online di TudungSiComel

Tudung sekolah beli secara online lebih mudah. Betul ke pernyataan itu? Bagi saya, beli offline atau online, dua-dua ada kelebihannya.  Terpulang kepada para ibu bapa memilih cara mana. Ada yang memang selesa beli offline sebab mereka nak rasa sendiri material kain, nak suruh anak mencuba sendiri dan macam-macam sebab lagi. Ada ibu bapa yang suka beli online memandangkan kesuntukan masa atau sukar mendapatkan pakaian sekolah di tempat sendiri.

Untuk ibubapa yang ingin membeli tudung sekolah untuk anak, saya ingin perkenalkan tudung sekolah dari TudungSiComel.






Saya suka dengan servis dari pihak TudungSiComel. Mereka bukan sahaja menjual, tetapi memberikan servis yang mesra dan pantas kepada customer. Saya pernah berurusan dengan TudungSiComel sebagai pelanggan. Saya belikan untuk anak saya sehelai tudung dan jubah kanak-kanak yang cantik dan cute. Anak saya sangat menyukai tudung dan jubah yang saya belikan. Kadang-kadang sampai berjam-jam dipakai dan taknak ditanggalkan. Saya pernah kongsikan kisah anak saya yang sangat suka dengan TudungSiComel di entry ini Puas Hati Dengan TudungSiComel.

Di TudungSiComel, bukan sahaja tudung sekolah berwarna putih malah tudung warna-warna lain pun ada juga seperti pink, kelabu, coklat dan lain-lain. Sesuai untuk anak yang memegang jawatan dan menyertai persatuan di sekolah seperti Pengawas, Tunas Puteri  Pengakap, Puteri Islam dan sebagainya.

Keistimewaan Tudung Sekolah dari SiComel ialah mempunyai awning lembut yang mudah dipakai dan dibasuh,  material yang selesa, lembut, sejuk dan berkualiti (kain Lycra Korea berkualiti), dan dijahit dengan dengan empat ukuran khas SS, S, M dan L.


Bagi ibu bapa yang nak cari baju sekolah sekali, baju sekolah pun ada dijual di sini. Seronok kan, klik-klik untuk satu set baju sekolah dalam satu resit sahaja. Haa..mudah dan senang.


Jom kita tengok testimoni ibu bapa yang gembira  dengan Tudung Sekolah dari TudungSiComel






Kepada para ibu yang berhajat nak belikan tudung sekolah, tudung persatuan dan tudung pengawas untuk anak, saya cadangkan belilah di TudungSiComel. Boleh terus ke website mereka di sini Tudung Sekolah Online


Anda pasti puas hati dengan produk dan servis mereka :)




No comments:

Post a Comment