Tips bercuti ke Korea dengan anak kecil part 2


berjalan di bawah rimbunan cherry blossom~



2. Babywearing

Serius, babywearing sangat memudahkan anda yang nak travel dengan anak kecil yang masih merangkak, yang belum boleh jalan dan yang masih terlalu kecil. Pengalaman saya sendiri, masa anak belum aktif berjalan, saya memang usung dia ke sana ke sini dengan babywearing. Saya pakai SSC saja (soft structured carrier). Saya takda pengalaman pakai ring sling atau wrap. Untuk babywearing, saya beli carrier jenama Snuggbaby, saya beli secara online di Fabulousmom.com 

 Kalau di Korea, sesuailah kalau anda nak babywearing di sana sebab dengan babywearing anda akan kurang penat berbanding dukung dengan bare hand. Lagipun senang, baby tu boleh tidur bila-bila masa dia nak dalam carrier. 

Dan kalau anda mahir, boleh breastfeeding sekali sambil babywearing, tapi kena latih banyak-banyak kali, baru mahir Insya Allah. Suami pun anda boleh minta dia babywear sekali kalau anda dah penat.  Dan nasihat saya, paling penting sekali, kalau nak beli SSC, pilih carrier yang ikut standard babywearing yang selamat dan betul. 

Contoh carrier yang baik dan tak baik untuk baby. Kalau tengok gambar sebelah kiri tu, kaki budak tergantung dan nampak macam sakit dan tak selesa, berbanding gambar sebelah kanan. 

3. Pakaian

Pakaian untuk budak-budak, diorang ni kulit nipis, jadi kena lebih sikitlah berbanding orang dewasa. Kalau musim sejuk, kena pakai  long john atau jaket tebal + tutup kepala + stokin tebal dua 3 lapis+kasut bertutup. Masa saya pergi Korea, masa tu musim bunga. Cuaca still sejuk tapi tak sesejuk masa winter la. Paling rendah suhu masa tu 5°C. 

Ingat lagi semasa di Insadong, suhu drop sampai 5°C. Kami orang dewasa ni terasa sejuk sampai ke tulang. Masa tu nak hujan, dengan angin lagi. Memang sejuk sangat. 

Tapi anak saya Sumayyah tiba-tiba diam tak bercakap. Kaku je tak gerak-gerak. Tapi dia takde apapun. Mungkin dia kaku tu sebab dia rasa terlalu sejuk. Saya cepat-cepat pakaikan dia jumper yang diperbuat dari kain jenis wool (bulu kambing biri-biri 100%).Tutup kepala dia dengan mafla.



4. Ubat-ubatan 

Untuk keperluan ubat-ubatan dan external care, 

 termometer
supplement (saya bawa Nutriferon Shaklee)
paracetamol in case demam panas
lotion untuk lembapkan kulit (suhu sejuk akan keringkan kulit)
krim untuk selsema dan batuk (saya pengguna krim Baby Herbal Cream Tropika, berkesan kalau anak selsema atau batuk). 


Memang boleh terjadi tengah seronok bercuti, anak pulak jatuh sakit. Macam pengalaman saya sendiri, Sumayyah kena cirit birit. Saya bagi dia Nutriferon. Alhamdulillah selepas sejam, dia dah ok dan tak cirit birit. masa tu suhu dia memang naik. Mujur bawa termometer, jadi sedikit sebnayak boleh tahu keadaan kesihatan dia masa tu. 


===========================

cadangan buku panduan ke Korea: I'm a Backpacker Korea









Previous
Next Post »