Pengalaman dan tips bercuti ke Korea dengan anak kecil

Pengalaman saya bercuti ke Korea dengan anak kecil. Banyak juga nak cerita tentangnya. Saya bawa Sumayyah travel ke Korea masa dia berumur 1 tahun 11 bulan. Sikit lagi nak cecah umur dua tahun. Untuk anak di bawah umur dua tahun, harga tiket Air Asia adalah separuh dari harga tiket orang dewasa.

Yang bestnya bila bawak budak kecil bawah umur dua tahun ni, saya jadi penumpang VIP. Best betul. Saya dapat masuk ke fast lane masa sedang tunggu nak masuk pesawat. Lane tu sebenarnya untuk bussiness class, tapi sebab saya bawak baby, diorang suruh saya beratur kat situ, jadi bolehlah masuk dulu. Lupa nak cerita, masa di kaunter Air Asia untuk check in pun kami dapat masuk ke lane bussiness class sebab ada budak kecil bersama kami. Bukan setakat tu je, masa dari Korea nak ke Malaysia pun sama, dapat priority untuk check in dan masuk pesawat dulu. 

 Bila naik pesawat, kalau bawa  bayi atau kanak-kanak bawah umur dua tahun, anda boleh pilih, nak request bassinet untuk baby, dan kalau request bassinet, anda dapat tempat duduk di depan yang lebih luas (mungkin dengan extra charge). Masa Sumayyah naik pesawat dulu, saya tak request bassinet sebab dia dah besar. Jadi dia duduk dengan saya (pangku), dan pramugari bagi satu tali pinggang extra untuk dipakaikan pada dia.


Dalam pesawat, bawalah makanan khas untuk anak sekiranya memang anak itu masih kecil (atas 6 bulan, bawah umur setahun). Kalau dah besar dan makan macam-macam boleh makan apa yang kita makan.

Dalam pesawat, mungkin anak banyak tidur atau boleh jadi dia meragam. Yang meragam tu kenalah bersiap sedia. Yelah anak kecil kita memang tak dapat jangka lagi-lagi yang tak pandai bercakap tu. Mungkin mereka menangis sebab tak selesa duduk dalam kapal terbang dengan perjalanan yang lama.

Pengalaman saya sendiri, masa nak ke Korea dan pesawat mode nak landing, Sumayyah tak meragam. Tapi yang tak best bila perjalanan dari Korea ke Malaysia, masa nak landing tu dia meragam dan menangis kuat. Saya syak telinga dia sakit kerana perubahan tekanan udara. Telinga saya pun sakit woo, tapi kita orang besar ni bolehlah usaha bertahan. Budak kecik diorang tak faham. Yang dia tahu nak lepaskan perasaan dia dengan nangis. Masa tu saya dah tak tahu nak buat apa. Sebab menyusu dia pun tak nak. Bagi makanan pun taknak.  Nak bawak jalan-jalan tengok orang tak boleh sebab tak dibenarkan bergerak sebab pesawat dah nak landing. Orang kiri kanan depan belakang saya dah pandang-pandang. Arggh lantaklah... saya dah tak peduli dah masa tu. Biarkan je Sumayyah nangis sebab saya faham dia tengah sakit.

Once pesawat jejak je kaki ke lapangan terbang, dia terus stop nangis. Yelah dah tak sakit telinga kan.


Di sini ada sedikit tips untuk atasi sakit telinga  kanak-kanak ketika naik pesawat. Saya petik dari artikel Dr. Ahmad Nordin: Telinga sakit ketika dalam penerbangan

1. Pilih masa makan dan minum agar serentak dengan masa berlepas dan mendarat
2. Bagi anak makan sesuatu untuk dikunyah dan dihisap
3. Susukan bayi atau beri mereka minum air dalam cup atau botol (untuk kanak-kanak yang lebih besar)


Persiapan bercuti ke Korea dengan anak kecil

1. Stroller yang ringan

Ini penting. Semasa di Korea, kalau anda nak travel secara backpacking, kemungkinan anda akan banyak berjalan dan naik subway.

Bila naik subway, anda akan jumpa banyak tangga, escalator dan kena tempuh lorong-lorong bawah tanah yang jauh dan panjang. Untuk pengetahuan bandar Seoul tersangatlah banyak tangga. Jadi nak atau tidak, kenalah bawa stroller sebab kasihan pada anak anda, saya rasa diorang mungkin tak larat nak jalan banyak-banyak. Dan anda pula belum tentu larat dan dukung mereka sepanjang berjalan tu kan? Jadi carilah stroller yang ringan, yang senang lipat, yang senang untuk diangkat, yang mudah untuk ditolak. Tapi, tapi, tapi, kebanyakan subway ada lif untuk kemudahan golongan warga emas, oku dan mereka yang menggunakan stroller. Kami sendiri kalau nampak lif memang menggunakan kemudahan tersebut tanpa banyak songeh. haha. Dah ada kemudahan kan, gunakan jelah.


Stroller ringan yang sedang ditolak adik saya. 


Macamnilah tangga-tangga di subway Seoul.
sumber foto: www.crankyfitness.com



Bersambung di entry ini Tips Bercuti Ke Korea Dengan Anak Kecil Part 2

cadangan buku panduan ke Korea :I'm a Backpacker Korea




Previous
Next Post »