Bagaimana saya mula terjebak dengan bisnes seluar slack wanita

Bagaimana saya terjebak dengan bisnes seluar slack wanita? Saya sebenarnya lebih gemar memakai seluar berbanding baju kurung, skirt atau jubah. Sejak saya ada anak, kalau pergi ke mana-mana terasa perlu bergerak dengan pantas dan lebih-lebih lagi saya duduk di kawasan rumah pangsa yang tiada lift, memang hampir setiap hari perlu turun dan naik tangga. Saya lebih selesa pakai t-shirt labuh atau blouse labuh. Kalau pakai t-shirt dan blouse, padanannya tentulah seluar (dan skirt labuh juga). Jadi saya memang tercari-cari seluar yang tak ikut bentuk kaki, tak jarang dan materialnya keras dan nampak jatuh. Cari punya cari, Subhanallah susahnya nak jumpa. 

Sampai satu hari tu, saya ternampak seorang junior sekolah saya mempromosikan seluar slack wanita keluaran syarikat dia. Baru release katanya. Memenuhi ciri-ciri seluar yang saya cari selama ini.  Saya apa lagi, tanpa fikir panjang terus nak beli dengan dia. Dan tanpa fikir panjang lagi, terus setuju untuk jadi agen dia sebab saya tahu, insya Allah saya dapat bantu lebih ramai wanita yang sedang tercari-cari seluar seperti yang saya cari. Rupa-rupanya, Puan Hanisah, founder seluar wanita muslimah ini juga sebelum ini mengalami masalah sama seperti saya,  susah nak cari seluar yang memenuhi ciri-ciri patuh syariah.

Alhamdulillah saya selesa dengan seluar tersebut dan kini saya mempunyai blog sendiri yang mempromosikan seluar ini iaitu ROUMAYSASambutan menggalakkan. Ramai sahabat-sahabat dan customer yang beritahu 'susah nak cari seluar yang ok'. Kemudian syarikat ini (AnnisaDesign) melangkah lebih jauh dengan mengelurkan seluar wanita plus size, seluar sukan wanita plus size dan skirt korporat. Syukur, sambutan menggalakkan. Ramai juga yang beritahu, seronok dah jumpa seluar yang sesuai dengan mereka (terutama yang plus size) sebab kata mereka sangat-sangat susah nak jumpa seluar wanita dan seluar sukan wanita saiz besar. Alhamdulillah, rasa bahagia bila dapat bantu selesaikan masalah orang.


Antara testimoni dari customer.  


Semoga perkembangan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya menjana pahala yang berterusan dalam mempromosikan seluar wanita yang patuh syariah. 



Previous
Next Post »