Syukur itu menenangkan

Teks: Nur Sabrina Mohd Arip



Dua hari lepas saya memandu ke Paroi, hanya bertemankan si kecik manis Sumayyah. Saya melalui highway Lekas. Awal-awal tu langit cerah je. Bila dah separuh perjalanan, hujan turun dengan selebat-lebatnya sampai tak nampak ape-apa kat depan. Fuhh memang cuak. Dari 100 km/jam terus ubah jadi 40-60 km/jam. Lambat pun lambatlah. Asalkan selamat. Dengan kilat sabung menyabung, ku tawakkal meredahnya.
 Yang kelakarnya, Sumayyah siap tutup mata. Takut agaknya tengok hujan lebat macamtu.
Sepanjang perjalanan tu, banyak kali jugak terserempak dengan penunggang motor. Sayu tengok diorang. Kalau saya yang drive dengan kereta ni pun cuak, diorang tu apatah lagi. Dengan basah baju lagi (mungkin), pandangan yang kurang jelas, kesejukan, risiko kemalangan. Highway Lekas ni tak macam highway PLUS, banyak jambatan untuk berteduh di bawahnya.

Barangkali mereka baru pulang dari mencari rezeki.


Ihsan Google



Melihat ada orang yang lebih sukar dari kita menjentik hati supaya banyak -banyak bersyukur.


Previous
Next Post »