Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 7 April 2015

Pengalaman menginap di Damar Suria Resort dan pusing-pusing Bandar Melaka



Baru-baru ini diberi peluang dan kesempatan

untuk menyertai family day ahli qaryah surau di kejiranan saya.


Program ini bertempat di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak, Melaka.

Program berlansung selama dua hari satu malam.

Ada lebih kurang 10 keluarga yang menyertai.

Kami bertolak dalam jam 12 tengahari.

dan sampai di sana lebih kurang pukul 3. 


Agak lama perjalanan kerana rombongan buat keputusan 

ikut jalan kampung untuk ke Melaka. 

Kami bergerak dari Nilai- Sendayan- PD- Pengkalan Balak.



Seronok jugak berkonvoi ramai-ramai ni. 

Apa yang seronoknya?

Kalau ada mana-mana kereta yang tertinggal,

kami pakat ramai-ramai  tunggu tepi jalan sampai kereta yang tercicir tu memunculkan diri. 

Haha

Damar Suria Resort ni terletak di kawasan perkampungan penduduk Pengkalan Balak, Melaka. 

Resort ni terletak di tepi jalan besar. 

Inilah rupa Damar Suria Resort (sumber gambar dari website Damar Suria Resort).

Resort ini menyediakan 3 jenis bilik. Single, Standard dan Superior.


sumber: http://www.damarsuriaresort.com.my/rates.htm


Kami menginap di bilik single.

Untuk kami 3 beranak cukuplah bilk single.

Itupun dah cukup selesa. Alhamdulillah. Apa yang ada dalam bilik?

 Toilet, almari dan penyangkut baju,

 katil single 2 buah, 

set televisyen, kerusi dan meja. 

Juga ada beranda untuk tengok-tengok keadaan sekeliling.



Program ni tiada aktiviti yang padat. 

Ada aktiviti sukaneka untuk budak-budak dan orang dewasa, tapi saya tak join. 

Maklumlah ade 'handbag ' (baca anak) yang perlu dijaga. 

Malam tu pulak ade aktiviti makan-makan bbq. 

Alhamdulillah best dan sedap sangat. 

Ada ayam, jagung, hot dog, udang dll. 

Tapi saya fokus makan ayam, hot dog dan jagung saja kerana tak makan seafood.

Esoknya pun ada aktiviti. 

Saya tak join sebab tunggu cik adik manis bangun dari tidur dulu, 
Abah Sumayyah  siap mandi manda di laut dan mandi kolam.  

Saya tengok jelah dari jauh :D.

Ini rupa kolam mandi yang terletak betul-betul depan resort.



Secara kesimpulannya resort ni pada pandangan saya best.

Sesuai untuk buat family day yang ada acara BBQ 

kerana banyak pondok makan dan disediakan juga beberapa BBQ grill , 

jadi anda tak perlu angkut BBQ grill dari rumah ok. 

Cuma dengar beberapa komen dari kakak-kakak jiran yang join sekali ni, 

katanya air laut tu tak berapa sesuai nak buat mandi manda kerana airnya berlumpur.


Masa check out dalam kul 12 tengahari. 

Pujuk encik suami, akhirya dia setuju kami jalan ke bandar Hilir Melaka pulak. 

Best rasa bila berkonvoi, ada lebih kurang 5 family yang ikut. 

Yang lain menuju destinasi masing-masing.  

Kami semua jalan sama-sama macam rombongan cik Kiah.



Sampai di Melaka kami tak tahu nak pergi mana. 

Mula-mula cadang nak naik menara Taming Sari.

Akhirnya buat keputusan naik naik River Cruise. 

Saya belum pernah ada pengalaman naik River Cruise. 

Kalau Menara Taming Sari tu dah pernah naik 

dengan kawan-kawan serumah tahun 2010 dulu.


Pengalaman naik River Cruise

Teruja. Seronok bila dapat pusing-pusing Bandar Melaka.

Orang cakap kalau naik cruise waktu malam lagi best

sebab ada lampu-lampu yang cantik.


Dalam trip river cruise tu lalu di Kampung Morten. 

Kampung ni kampung yang sangat tradisional 

dan sudah digazette sebagai tapak warisan sejarah. 

Tapi kami tengok dari luar jelah. 

Tak masuk dalam kampung lagi.. 

Hasil dari kajian di google, kampung ni sangat cantik 

dan penuh dengan ciri-ciri tradisi dan warisan sejarah yang dikekalkan. 

Insya Allah satu hari nanti harap dapat berkunjung ke Kampung Morten 

dan melihat sendiri dengan lebih dekat.


 Inilah rupa salah satu rumah di Kampung Morten. Sumber gambar (www.travelblog.org).


dan di bawah ni pulak rupa Kampung Morten dari pandangan atas (sumber gambar dari http://bettyandlingshing.blogspot.com).



 


Nampak tak ade  bot berbumbung di sungai tu? 

Itulah bot untuk aktiviti River Cruise. 

Sepanjang sungai tu anda akan nampak macam-macam antaranya hotel,
 deretan kedai makan, sebahagian kubu belanda 

(yang tinggal saki baki sahaja dan selebihnya sudah roboh/ dirobohkan), 

Pirate City, jambatan yang bercirikan reka corak tradisional dan lain-lain. 

Kedai makan yang dibina di sepanjang Sungai Melaka ni kebanyakannya 

menyediakan ruang makan yang menghadap ke sungai.


Yang kelakarnya anda boleh melambai-lambai pada pelancong 

atau sesiapa saja yang sedang menikmati juadah mereka. 

Kalau bernasib baik, mereka akan membalas sapaan dan lambaian anda.. 

Jika tidak mereka hanya memandang anda dengan muka kehairanaan. hehehe.


Oklah itu saja kot untuk entry tentang Family Day. 

Rasa agak terkilan kerana tak bawak kamera. 

Jadi terpaksa mengoogle dan meminjam dari beberapa blog.

Sekian. 




No comments:

Post a Comment