Bila anak mula menggigit

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip


Anak saya sekarang ni ada habit menggigit bila menyusu. Gigi bawah dah ada 4, gigi atas ada 4 juga. Agaknya gusi gatal, sebab nak tumbuh gigi lagi, jadi habitnya menjadi-jadi. 

Baru-baru, dia mengigit sangat kuat sampai luka dibuatnya. Lepas gigit tu, gigit dan gigit lagi, sampai luka semakin dalam. Allahuakbar, menang sakit dans akitnya rasa sampai seluruh badan. Rasa pedih mencucuk-cucuk. Air mata saya meniitik menahan sakit. Puting susu kan banyak saraf. Padanlah sakitnya dasyat sekali. Setiap kali dia menyusu saya akan mengaduh kepedihan. Mak, suami dan adik duk heran kenapa saya jadi macamtu. Hehe, memang sakit ooo.

Lepastu, dalam sehari dua hari kemudian saya ajak suami ke butik Mumdreams di Bandar baru Bangi. Ajak dia pergi petang tu jugak sebab dah tak tahan sangat sakit. Suami memang dah kepenatan sebab pagi tu dia ada program carboot sale dan kuliah dhuha. Kerana dia AJK program, kena banyak jalan sana sini, memang penat, tapi sebab kesian agaknya, dia bawak jugak saya pergi butik tu.

Sampai-sampai je, terus saya pergi kat salesgirl dan tanya dia pasal krim ini. Salesgirl pun cakap, oo. bagus krim ni kak, kalau puting luka melecet ke boleh guna. Haa.... ada satu je lagi tinggal. Fuhh, rezeki saya la tu, Tinggal seketul je lagi. tak sia-sia bergegas pergi Bandar Baru Bangi semata-mata nak cari krim ni. Lega.

On the way balik, dalam kereta terus sapu sebab si kecik tu nak menyusu. Mula-mula pakai, rasa pedih masih ada tapi kurang sebab krim tu tebal dan likat. Oleh kerana dia tebal, dia jadi macam skin protectant untuk halang puting dari bergesel dengan gigi anak sekaligus sembuhkan luka tu. Kat rumah, memang pakai dan pakai berterusan setiap kali anak menyusu dan hasilnya, selangs sehari lepas tu dah tak rasa sakit. Alhamdulillah, syukur sangat.

Jadi saya suggest krim ni pada ibu-ibu yang alami masalah puting luka atau melecet. Saya dapat tahu tentang krim ni bila buat carian di google dan terjumpa di website Mumdreams BBB. Harga RM22.90 untuk satu tube (25g).

Yang paling penting, bila puting luka atau melecet, jangan putus asa. Jangan sampai rasa give up nak menyusukan anak. Inilah dunia breasfeeding. Macam-macam cabaran yang ibu perlu tempuhi. Kena kuatkan semangat dan ikhtiar selesaikan masalah. Ok :)



Anda seorang ibu yang menyusukan anak tetapi selalu rasa letih dan kurang bertenaga?

Klik sini: Vitamin untuk ibu cergas dan bertenaga.


Puan Sabrina,
sms/whatsapp 0196835149
Previous
Next Post »