Pengalaman demam denggi yang sukar dilupakan

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Bismillah wal hamdlillah


Sekarang ni musim demam denggi menjadi-jadi. Kat mana-mana dengar orang sana kena denggi, orang sini kena denggi. Kat tempat saya tak terkecuali. Suami cakap, di Blok B (saya di Blok D), ada 7 orang yang kena denggi. Bila ingat balik pengalaman kena denggi, fuhh.. seriau. Sangat teruk saya rasa walaupun doktor cakap denggi yang saya kena ni tak teruk sangat berbanding orang lain. Saya kena denggi semasa belum kahwin dan beberapa hari saya dijadualkan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Masa tu tahun 2011. Masa mula-mula kena tu, rasa sakit-sakit sendi dan sakit kepala yang amat sangat. Baring je. Memang tak mampu nak bangun, rasa letih dan sakit kepala. Lepastu saya mintak tolong keluarga saya ambik. Nak drive tak larat. Sampai kat rumah, terus tidur. Rasa badan panas dan seram sejuk. Lidah dah mula rasa pahit dan tak lalu makan. Mak offer macam-macam makanan, memang takde hati lansung nak makan. Bagilah bermacam jenis makanan yang sedap-sedap pun, selera makan hilang sekelip mata. Waktu ni tak tahu lagi saya kena denggi.

Hampir jatuh di tandas

Saya masih ingat lagi, saya tak mampu nak berdiri di tandas dan banyak kali jugak hampir terjatuh. Nasib baik sempat berpaut kat paip. Saya berkeadaan macamni dalam seminggu. Lepas seminggu, decide nak pergi hospital, baru tahu rupanya saya kena denggi bila bacaan platlet rendah dari normal. Nasib baiklah tak kena tahan di wad. Lepastu balik dari hospital tu, badan masih sakit-sakit dan kalau berdiri mesti menggigil, jadi bila solat, mampu solat sambil duduk. Alhamdulillah dalam seminggu lebih kemudian, saya semakin sembuh. Memang masa tu tarikh menunaikan umrah semakin dekat. Dan akhirnya dapat jugaklah pergi umrah walaupun belum baik 100%. Boleh dikatakan walaupun badan dan sihat, kesan-kesan demam denggi tu masih terasa lagi. Antaranya sakit-sakit badan tak hilang sepenuhnya walau dah sebulan. Itulah yang saya serik dengan demam denggi dan kalau boleh taknak kena lagi.  Bila selera makan datang balik, saya makan puas-puas seolah badan tu nak balas dendam sebab masa demam denggi takde selera lansung nak makan. Hehehe. Bila sakit, baru tahu erti syukur mempunyai tubuh badan yang sihat. 

Jadi kalau ada sesiapa yang ada tanda-tanda di bawah, cepat-cepatlah buat rawatan. Jangan biarkan melarat.


Demam denggi ni takda ubat. Apa yang boleh dibuat, minum banyak air kosong dan kuatkan sistem imun dengan cara ambil supplement seperti ambil vitamin C ke, habbatussauda ke.  

juga petua-petua tradisional popular masyarakat kita, antaranya makan sup ketam, minum jus betik muda. I
Previous
Next Post »