Pengalaman Babywearing

Teks: Nur Sabrina Mohd Arip

Bismillah wal hamdulillah


Babywearing. Pernah dengar perkataan ini? Ia adalah perbuatan menggendong/memakai bayi. Saya sebenarnya sebelum ni tak pernah dengar perkataan ni, sampailah diperkenalkan oleh beberapa orang rakan dalam group di FB.

Saya bermula babywearing ni bila Sumayyah nak masuk umur 5 bulan. Masa tu memang tak terlintas lansung untuk babywearing. Lagipun ada mak saudara dah hadiahkan baby carrier. Kemudian baru saya dapat tahu yang carrier tu tak sesuai untuk menggendong bayi kerana strukturnya tak menyokong tubuh bayi dan boleh menyebabkan kesakitan kepada bayi dan penggendong. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan  di antara crotch carrier yang boleh menyebabkan kesakitan kepada bayi dan soft structured carrier yang mengelakkan kesakitan dan kecederaan kepada bayi. Saya pernah pakaikan sekali crotch carrier pada Sumayyah. Walaupun dia tak tunjuk rasa sakit, tapi saya tengok macam mana keadaan dia dalam carrier tu saya boleh rasa dia sakit. Kakinya tergantung-gantung dan yang disokong adalah di bahagian kelengkang. Berbeza dengan SSC, yang disokong adalah hampir keseluruhan punggung bayi.





Bila sudah dapat maklumat tentang babywearing saya pun mulalah fikirkan carrier apa yang sesuai. Bila terbaca tentang pendapat ramai ibu-ibu tentang penggendong yang best, saya memilih brand Snuggbaby. Snuggbaby Stork adalah SSC atau Soft Structured Carrier yang direka dan dijahit oleh seorang WAHM dari Malaysia, maka kain yang dipilih untuk menghasilkan SSC ini adalah kain yang sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Lagipun Snuggbaby Stork boleh dipakai sehingga bayi mencapai berat 20 kg.

Saya beli SSC Snuggbaby Stork di Fabulous Mom Online. Waktu tu FM ada promosi, jadi  saya dapatlah harga murah sikit dari harga biasa.

Babywearing banyak membantu saya terutama bila saya nak ke kedai. Saya boleh berjalan dengan laju, melangkah parit tanpa was-was, mengangkat barang-barang, memegang beg tangan di sebelah, keluarkan duit  dari wallet dengan mudah, berjalan dengan kurang rasa penat, naik eskalator dan tangga dengan mudahnya. Setakat ini saya dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan mudah. Pernah sekali saya terpaksa beratur panjang menunggu giliran mengambil nombor di Hospital Serdang. Mujur ada baby carrier ni. Taklah rasa penat sangat berdiri lama. Juga saya pernah berjalan di ekspo buku dan Ikea. Sudahlah tak disediakan kerusi di tempat-tempat tu, sekurang-kurangnya saya tak rasa penat sangat bila kena gendong Sumayyah sambil berdiri dan berjalan.Yang bestnya Sumayyah boleh tidur sekali dengan nyenyak dalam carrier tu.Saya  juga pernah memasak dengan keadaan Sumayyah digendong di belakang. Ya, sedikti sebanyak memudahkan saya melakukan kerja-kerja rumah lebih-lebih lagi bila Sumayyah meragam mahukan perhatian.



Bagi ibu-ibu yang sedang mencari baby carrier yang sesuai, buatlah research terlebih dahulu ya. Harapnya jangan cepat dikaburi dengan penggendong bayi yang dijual dengan harga murah atau yang berjenama tetapi dijual dengan harga murah. Dikhuatiri yang berjenama itu produk tiruan. Memang ada kes bayi yang hampir jatuh setelah ibunya menggunakan baby carrier tiruan. Biarlah kita melabur sedikit wang untuk keselamatan dan kesihatan anak kita.
Previous
Next Post »