Percutian singkat 2 hari 1 malam di Cameron Highland

Percutian ke Cameron Highland kali ni memang singkat sangat. Sampai di Cameron dah petang. Malam memang tak ke mana-mana lagipun hujan je. Jadinya misi berjalan-jalan di sekitar Cameron Highland adalah pada keesokan harinya.

Pemandangan dari Hotel Haji Saudi Cameron Highland


Beginilah rupanya pemandangan dari Hotel Haji Saudi. Berhadapan dengan hotel ini, Hotel Star Regency. Kawasan di sini tidaklah terlalu sibuk, tidak seperti Tanah Rata yang menjadi pusat pantadbiran Cameron Highland.









Bersarapan di Restoran Nolina

Lebih kurang jam 9 pagi dah bergerak dari hotel. Misi pertama cari sarapan dulu. Kami bersarapan di Restoran Nolina. Jumpa restoran ni secara tak sengaja masa kami tercari-cari kedai makan berhampiran Brinchang. Oklah makanan dia, boleh tahan sedap. Dan harga berpatutan juga.







Beli Strawberry segar di Royal Berry Strawberry Park and Cafe
Lepas sarapan pagi, pergi ke kedai sebelah yang tak jauh dari restoran Nolina ni iaitu Royal Berry Strawberry Park and Cafe. Kami jalan kaki saja ke Cafe ini. Cafe ini menjual produk-produk berasaskan strawberry. Mereka juga menjual strawberry segar yang mereka petik dari kebun mereka sendiri yang terletak dalam kawasan yang sama dengan cafe ini. Sambil makan strawberry boleh minum kopi dan makan kek di sini. Ada juga dijual ais krim strawberry (macam yogurt rupanya). Pengunjung juga boleh memetik sendiri strawberry dengan charge tertentu mengikut gram. Suka tengok cafe ni, sedap dan sejuk mata memandang.  Teratur dan kemas saja nursery strawberry ini. Bunga-bungaan lain ada juga, seperti bunga ros.







Di sini kami sempat membeli beberapa pek strawberry dan strawberry topping. Strawberry dia segar tetapi tidak terlalu manis. Kalau cicah dengan coklat lebih sedap agaknya.























Setelah urusan membeli belah di Royal Berry kami bergerak ke Cameron Levender pula. Insya Allah saya akan cerita di next entry pula.

Previous
Next Post »