Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 13 January 2017

Aktiviti membakar kalori di Taman Tasik Taiping

Aktiviti membakar kalori di Taman Tasik Taiping. 

Di entry sebelum ini saya ada cerita tentang kunjungan kami ke Taman Tasik Taiping. 

Kami sempat melibatkan diri dalam aktiviti mendayung di  Taman Tasik Taiping. 

Tapi bukan dayung dengan canoe atau kayak ke apa, tapi dengan bot itik.

Dayung guna kaki tu. Hahah. 

Jadi tak sesuai panggil dayung kot. Kayuh lagi sesuai .

Terbakar kalori weh. Pasal apa terbakar? Nanti saya cerita.

Ada banyak jenis bot untuk disewa, tetapi semasa kami pergi haritu, ada 3 jenis bot sahaja yang beroperasi.  

Swan paddle boat untuk dua orang berharga RM12.70 (maksimum 2 dewasa dan 1 kanak-kanak umur3 tahun), swan paddle boat untuk 4 orang berharga RM30 (maksimum 4 orang) dan satu lagi, bot yang menggunakan kuasa solar yang memuatkan maksimum 10 orang berharga RM53. 

Aktiviti sewa paddle boat ni mula beroperasi jam 10 pagi hingga 7 malam saja. 

Kali pertama pergi, hujan selebat-lebatnya sampai basah lencun bot dan baju yang kami sedang menunggu giliran di jetty. 

Nampak gaya bila dah hujan lebat, tak bolehlah teruskan perancangan kami pada haritu.

 Pergi ke kaunter, staff cakap, tiket yang kami beli tu boleh digunakan dalam masa 3 bulan. 

Wah apa lagi, seronoklah kan. Ingatkan burn macamtu je.




Ramai betul orang. Ini kali pertama datang masa hujung minggu. Hujan tersangat lebat.


Selang 3 hari, kami datang lagi. Alhamdulillah cuaca cerah.
Langit tak nampak mendung. Risau juga awal-awal tu.

Maklumlah Taiping sememangnya bandar yang menerima taburan hujan paling tinggi di Malaysia. Hari-hari mesti hujan. 

Kami teruskan juga aktiviti. 
Kebetulan masa hari kami datang, hari bekerja, orang tak ramai sangat. 

Syoklah. Tak tunggu lama sangat, terus dapat giliran. 

Kami sewa swan paddle boat bentuk itik. Masa mula-mula nak kayuh, memang berdebar. Takut juga kot terbalik ke.

 Subhanallah, lepas beberapa minit kayuh secara manual dengan kekuatan tenaga kaki, berpeluh-peluh. Susah dan agak berat, hahaha. 

Suami dah mengeluh kata susahnya. 

Saya pun rasa susah jugak, tapi kami teruskan je. 

Kayuh bermula dari jetty dan mengelilingi  pulau kecil di tengah-tengah tasik. 

Hampir 20 minit jugak mengayuh. Memang betul-betul rasa buat work out. 

Apapun memang best aktiviti ni. 

Walau terasa susah sedikit tapi apa salahnya keluarkan peluh dengan aktiviti macamni. 

Anda yang nak datang ke Taman Tasik Taiping, sila-silalah mencuba ya.

 Tak rugi. 

Lepas mengayuh tu, saya ajak suami pekena roti bakar di Station FMS yang terletak berdekatan dengan tasik. 

Macam-macam menu ada kat sini. 

Kami order mee goreng dan koay tiaw serta roti bakar. 

Sedap! Jadi kalori yang kami dah bakar dengan banyaknya tadi, sia-sia je sebab dah makan makanan berminyak, tinggi karbohidrat dan tinggi gula hehe.

Station FMS



No comments:

Post a Comment