Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 14 January 2017

9 tempat menarik di Bangi dan kawasan sekitarnya

Jujur saya katakan  Bangi bukanlah lokasi percutian atau tempat peranginan
yang menjadi tumpuan pelancong dari serata negara,
seperti Port Dickson, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi.

Kerana itu saya kurang pasti tempat-tempat menarik yang ada di Bangi.

Banyak carian yang sampai ke blog saya yang keywordnya bertajuk Tempat Menarik di Bangi.

Ada tempat menarik tu memang ada, tapi tak banyak.


Kalau keyword "Tempat-tempat menarik berhampiran Bangi,
ya memang ada beberapa tempat menarik. 

Demi memenuhi pencarian pengunjung-pengunjung blog yang saya hormati,

 Insya Allah saya kongsikan beberapa tempat menarik yang ada di Bangi dan kawasan berhampiran Bangi.


 Selamat membaca :)




1. Bangi Wonderland


Selain Sunway Lagoon dan A Famosa Water Theme Park, 
terdapat satu lagi taman tema air iaitu Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue.

Terdapat 15 aktiviti yang boleh dilakukan di sini, 

antaranya  Pirate Spa, Water Cannon, Surf Rider,
 Kid Adventure, Body Slide, Spiralax, Insane Racer, Wonderloop, Green Pearl, Boomeriang dan macam-macam lagi.

Boleh datang ke sini melalui highway plus exit Putra Mahkota  
atau Jalan Bangi Lama.

Website Bangi Wonderland di sini, http://www.bangiwonderland.com

Jika berminat nak beli tiket secara online boleh beli di Shopee di link ini
>>>Bangi Wonderland Online Ticket<<<


sumber foto: www.bangiwonderland.com



2. Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi


Dinamakan Tasik Cempaka kerana banyak pokok Cempaka yang ditanam di sini.

Taman tasik yang terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi merupakan taman yang luas dan terdiri dari beberapa buah padang dan sebuah tasik yang besar.

Menjadi tempat kegemaran penduduk Bandar Baru Bangi untuk bersantai-santai, bersukan dan berjogging.

Mempunyai trek jogging sepanjang 3km dan banyak pondok rehat untuk pengunjung bersantai dan berehat. 

 Terdapat play ground serta beberapa peralatan atau kemudahan untuk bersenam.

 Rupa-rupanya, sejarah tasik ini ialah ia merupakan sebuah sungai kecil dari cawangan Sungai Langat yang disekat aliran airnya menjadi sebuah tasik buatan (sumber fakta: wikipedia)





3. Putrajaya


Putrajaya tak jauh dari Bangi.

Ada banyak tarikan di Putrajaya.

Antaranya Wetland, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian, Masjid Putra, Masjid Besi dan pusat membeli belah Alamanda. 

Putrajaya juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong 

kerana mempunyai struktur bangunan pentadbiran kerajaan yang indah dan unik. 










4.  Nilai 3


Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan, tetapi ia bersempadan dengan Bukit Mahkota.

 Boleh dikatakan rakyat Malaysia rata-rata mengenali Nilai 3 yang terkenal sebagai pusat membeli belah tekstil, beg dan luggage, barangan kraf, barangan perkahwinan, perhiasan rumah, permaidani dan macam-macam lagi.

Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya.

 Di Nilai 3, nak beli secara runcit boleh, nak memborong pun boleh.

 Nilai 3 agak sesak pada musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri.






5. Bangi Sentral


Syurga dunia untuk peminat fesyen.

Bermacam-macam butik terkenal ada di sini. 

Siapa peminat fesyen dan busana muslimah,

pasti mengenali Leyana Rahman,Minaz, Elrah, Bella Ammara dan lain-lain.  Bangi Sentral akan menjadi  sangat sesak menjelang perayaan Aidil Fitri. Sekiranya ingin  Bangi Sentral menjelang hari raya Aidil Fitri, saya sarankan datang  pada hari berkerja kerana hujung minggu sangat sibuk  dan sesak.




6. Farm In the City


Farm in the City  tidak terletak di Bangi tetapi terletak di Sri Kembangan. 

Sri Kembangan dan Bangi tidaklah jauh. Hanya 16.5 kilometer dari Bandar Baru Bangi.


Ia merupakan tempat yang disukai kanak-kanak dan ibu bapa sebab boleh bawa anak berjalan-jalan melihat haiwan.

 Dusun buah-buahan juga terdapat di sini.

 Ini antara gambar-gambar yang saya ambil dari facebook page Farm in The City.

Konsep Farm in The City ialah pengunjung boleh melihat, berinteraksi dan menyentuh  haiwan liar dengan lebih dekat

kerana tiada pagar yang memisahkan antara pengunjung dan haiwan-haiwan tersebut.

 Ia tidak seperti Zoo.










Waktu Operasi

Hari minggu (Isnin-Jumaat): 10.00 a.m - 6.00 p.m

Hujung minggu dan cuti umum:  9.30 a.m- 6.00 p.m


Harga tiket Farm In The City








Boleh beli tiket  secara walk in atau  online  di link ini

>>>Farm In The City online ticket<<<



7. Muzium Anatomi Manusia, UPM Serdang


Muzium ini terletak di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

 Ia bersebelahan dengan Hospital Serdang. 

Kalau hendak datang ke sini, boleh melalui lebuhraya utara selatan, dan ambil exit Kajang-Putrajaya -Cyberjaya-Puchong. 

Pengunjung boleh lihat anatomi manusia dengan lebih dekat.

Ada spesimen di sini yang dibuat dari tubuh badan manusia hidup tetapi telah meninggal dunia.

 Diawetkan dan dijadikan spesimen.

 Menarik kan?

 Gambar-gambar di bawah di ambil dari website mereka:







Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi website mereka seperti yang telah saya lampirkan di atas.



8. G2G Animal Garden MAEPS Serdang


Lokasi menarik terbaru berhampiran Bangi yang viral baru-baru ini, terletak di MAEPS Serdang.





Ia berkonsepkan taman haiwan atau petting garden,



di mana pengunjung boleh melihat dan bermain-main dengan  haiwan-haiwan yang ada di sini.

Antara haiwan yang ada, burung ostrich, burung merak, ayam, kambing, kucing, burung, rusa, ular  dan lain-lain.




Harga terkini 2019

Harga tiket dewasa: RM20 (mykad)

Kanak-kanak: RM15

Kanak-kanak bawah 90cm: percuma

Waktu operasi hari bekerja : 10 a.m-6 p.m
 Waktu operasi hujung minggu: 9.30 am- 6 pm

FB page:

https://www.facebook.com/G2GAnimalGardenOfficial/



9. Nafas Cube @ Mardi



Nafas Cube merupakan sebuah kawasan penginapan berbentuk kontena, glamping dan tiub. Menawarkan percutian berkonsep eko pelancongan.

 NAFAS ialah singkatan kepada National Farmers Organization atau Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Ia terletak dalam kawasan MARDI.

Iaitu kawasan yang sama dengan tapak pesta MAHA yang menawarkan percutian agro. 

Harga yang ditawarkan untu penginapan satu malam ialah serendah RM120.

Ada tasik luas yang menyajikan pemandangan menarik di Nafas Cube. Pengunjung boleh melakukan  pelbagai aktiviti seperi family day, BBQ, gathering, berbasikal, berkayak, memancing  dan macam-macam lagi.

Nafas Cube juga tak jauh dari  G2G Animal Garden dan G2G Fresh Mozarella Cheese Maeps ( boleh menikmati pizza daging kambing yang sedap ditaburi dengan cheese mozarella fresh yang dibuat sendiri oleh pihak G2G).


 Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati page mereka di laman ini FB- Nafas Cube 



Alamat Jalan MAEPS 4/1, 43400, Serdang, Selangor
No telefon: 0123423364




kredit Utusan

Kredit Kosmo

kredit page NAFAS CUBE


2 comments:

  1. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

    Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

    Muzium Anatomi Haiwan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

    Ladang Putra Dairy Farm
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

    Galeri Serdang
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

    Muzium Anatomi Manusia
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

    Taman Konservatori UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

    Pusat Ekuin UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

    ReplyDelete