Keajaiban selawat yang saya alami

Teks: Nur Sabrina Mohd Arip

Bismillah walhamdulillah


Ada satu peristiwa keajaiban selawat yang pernah terjadi kepada saya. Peristiwa ni berlaku pada tahun 2014. Ada satu hari tu saya ke pejabat pos untuk renew lesen memandu dan ambil bungkusan pos laju. Masa bertolak keluar dari rumah, saya selawat banyak-banyak dan berdoa semoga Allah mudahkan urusan saya harini. 

Bila dah sampai ke pejabat pos, nampak macam ramai orang. Saya terus ambil nombor giliran. Saya dapat nombor 1092. Nombor yang sedang dipanggil ke kaunter baru 1074. Ada kira-kira 18 orang lagi sebelum saya. Dahlah tu, pergerakan nombor pun slow. Dalam hati, "alamak, ramainya orang, macamne ni, dahlah hari Jumaat. 

Keajaiban selawat, orang bagi nombor free-free saja!

Elok je slip nombor saya keluar dari mesin, tiba-tiba datang seorang wanita hulurkan slip nombor giliran dia kat saya., nah, ambiklah nombor saya, cepat sikit". Saya terkejut ok. Blur sekejap. Awat tiba-tiba kakak ni bagi nombor kat saya? Haha! Lepastu dia pun keluar dari pejabat pos.  Nombor dia 1085! Memang rezeki sayalah ni. Saya pun dengan senang hati ambik saja nombor tu.. Rezeki jangan ditolak., hehe.

Boleh dikatakan pergerakan nombor memang lambat. Yang nombor 1074 tu lama sangat. Mungkin macam-macam urusan dia selesaikan kot. Saya pun teruskan berselawat sambi-sambil layan Sumayyah berbual. Lepastu nombor lain pun naik, still lama jugak urusan dia. Saya teruskan je selawat. Tak lama lepas tu naik pulak nombor lain. Tahu apa yang berlaku? Ada beberapa nombor yang dipanggil tapi takde tuan punya. Jadi pergerakan nombor jadi laju sikit. Sampai nombor 1084 dipanggil, takde orang yang datang kaunter, staff poslaju panggil nombor saya pulak. Saya dengan senang hati pergi ke kaunter. Tiba-tiba, datang seorang lelaki, tanya kat staff "Nombor 1084" dah panggil ke? Saya tertidur la.. tak perasan" 

Jawab staff pos laju. Oo takpe, tunggu kat sini, Tapi saya nak siapkan urusan dia ( sayalah tu) dulu ni ya encik". Lelaki tu jawab " takpe, buatlah ".

Dalam hati saya, "alhamdulillah, alllahuakbar". 
Sungguh, urusan saya di pejabat pos dimudahkan berkat amalkan selawat. Jadi, anda-anda yang sedang baca entry saya ni, kalau ada masalah yang sedang dihadapi, janganlah ragu-ragu untuk amalkan selawat, walau terperangkap dalam jam teruk sekalipun. Yakinlah bantuan Allah akan tiba, Lebih baik kalau kita dapat konsisten amalkannya, setiap hari, setiap waktu. Dan paling penting sekali, ikhlaskan hati untuk amalkannya secara konsisten. 

Sollu alan Nabiy!






Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Zie Has
AUTHOR
8 March 2016 at 21:51 delete

wah rezeki namanya tu ... saya belum pernah lagi dapat nombor free :)

Reply
avatar
nur sabrina
AUTHOR
9 March 2016 at 12:45 delete

alhamdulillah, mmg rezeki

Reply
avatar