Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 16 February 2016

Pengalaman bersalin di Hospital Serdang: Part 2

Pengalaman di wad bersalin kelas 1 Hospital Serdang

Saya terlupa yang saya belum cerita 
tentang pengalaman saya bermalam di wad kelas 1 di Hospital Serdang pada tahun 2013. 


Walaupun Sumayyah dah nak masuk umur 3 tahun dah, 

tapi takpelah kan. 

Semoga entry ini jadi kenangan buat kami sekeluarga.


Wad sentiasa penuh

Sebelum bersalin, saya di tempatkan di wad kelas 3. 

Selepas bersalin saya minta pada suami
 untuk maklumkan pada staff nurse yang saya nak duduk di wad kelas 1. 

Selain lebih selesa, saya nak beri ruang pada ramai ibu-ibu lain 
yang masih belum dapat masuk wad disebabkan wad bersalin kelas 3 Hospital Serdang sentiasa penuh.  

Apa salahnya saya yang boleh dapat masuk wad kelas 1 dengan percuma ni 
beri laluan pada ibu-ibu lain yang mungkin kurang berkemampuan untuk masuk wad secepat yang boleh. 

Kasihan pada mereka yang terpaksa menunggu di lobby PAC, duduk di kerusi saja.   


pengalaman bersalin di hospital serdang
Sehari selepas dilahirkan


Tak boleh nak salahkan pihak hospital tentang ini 
kerana sememangnya wad bersalin Hospital Serdang
selalu penuh dan nak masuk sana 
perlu tunggu giliran bila ada kekosongan katil. 

Saya pun dulu hampir-hampir ditolak ke Hospital Putrajaya dan Hospital  Kajang 
tapi kedua-dua hospital taknak terima saya. 
Tsk ..tsk. 

Mereka pun penuh juga!  

Masatu Hospital Shah Alam belum wujud, 
jadi penduduk Puchong, Subang Jaya,  Shah Alam, 
Serdang, Bangi dan sekitarnya bertumpu ke Hospital Serdang. 

Patutlah sesak.

 Nak masuk wad bersalin kelas 1, sesiapa pun boleh masuk, 

cuma andai anda berhajat, memang kena bagitahu staff nurse 

sebab diorang takkan tanya-tanya pun tentang tu.

Wad kelas 1 harganya RM800 satu malam. 

Tapi tak tahulah sekarang ratenya berapa.
Oleh kerana suami saya staff kerajaan, 

Maka saya dapat masuk wad tersebut dengan percuma. 

Alhamdulillah,  bila dah masuk wad kelas 1,
 ada beberapa keistimewaan  saya dapat 
walaupun taklah sehebat  hospital swasta. 
Saya dapat wad dengan 1 bilik 1 katil. 

Sebelah katil saya, ada baby cot. 

Bilik tersebut ada toilet di dalam. 

Ada 1 katil untuk patient dan sofa untuk tetamu. 

Makanya suami saya terpaksalah tidur di atas lantai 
berlapikkan toto yang dibawa dari rumah. 

Duduk di wad bersalin kelas 1  ni saya rasa privacy sikit berbanding wad kelas 3, tapi sunyi. 

Mujur bilik saya betul-betul mengadap kaunter kerja nurse. 

Taklah rasa takut sangat kan. 

Bila malam menjelang, kawasan di sekitar wad 8B jadi sunyi.  




Bersambung di entry ini Pengalaman bersalin di Hospital Serdang Part 3


======================================


Anda sedang mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu?
Dapatkan buku yang menarik ini





klik sini


Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu









No comments:

Post a Comment