Jalan-jalan Melaka di kala jerebu

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Baru-baru ni kami sekeluarga ambil keputusan untuk jalan-jalan ke Melaka, setelah puas berfikir nak kemana di kala jerebu masih menebal. Saja nak jalan sebab dah lama sangat tak bercuti ke mana-mana.

Pergi Melaka pun hanya duduk dalam kereta, pusing-pusing sekitar Bandar Hilir. Ada jugak terfikir nak ke Kampung Morten, tapi takda  mood pulak disebabkan jerebu ni. Tapi yang menghairankan, pelancong dan pengunjung bandar Melaka ramai tak tau nak habaq, seolah-olah takde ape-ape yang berlaku kepada Malaysia negaraku tercinta. 



Mula-mula tu nak berhentilah kat mana-mana restoran yang ada asam pedas, tapi tak jadi sebab tak jumpa parking. Satu parking pun tak jumpa. Ramainya orang ya ampunn

Lepas pusing -pusing tu,  kami ke Masjid Terapung. Masa ni orang tak ramai.Mungkin sebab belum masuk waktu solat. Ini kali kedua saya kunjungan saya ke Masjid Terapung. Kali pertama dulu dengan housemate, pada tahun 2010. Masa tu belum kawin lagi. 


jalan-jalan melaka
masjid terapung


Selesai ziarah masjid terapung,  kami ke pantai Klebang pulak. Singgah satu gerai tepi jalan yang ada hidangkan asam pedas. Dekat-dekat dengan gerai tu, ade orang jual coconut shake yang hangat menjadi bualan orang. Akhirnya dapat merasa jugak. Tapikan, bagi saya taklah sedap mana sebab coconut shake yang dijual di Port Dickson lagi sedap , lemak dan berkrim.


jalan-jalan melaka
Pantai Klebang



jalan-jalan melaka
Gerai jual asam pedas

Tahu tak, yang gerai-gerai di Pantai Klebang ni menggunakan bas lama bagi tempat beroperasi. Masak-masak dan buat air semua dalam bas. Tapi untuk pelanggan, mereka sediakan khemah dan kerusi. Tandas awam juga guna bas lama tau. Rare!


Ternampak juga  Bustel yang heboh diperkatakan di media sosial. Bustel ni hotel yang menggunakan bas lama sebagai premis mereka. Bagus kan  usaha ni. Daripada terbiar dan jadi besi buruk, baik manfaatkan kepada sesuatu yang boleh beri pulangan lumayan.




Lepas siap-siap makan, kami pun bertolak balik. Tak boleh lama-lama sebab tak elok expose lama-lama dengan jerebu. 


Sekian.

Previous
Next Post »