Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 13 June 2020

Pengalaman bercuti di Kuantan sehari sebelum PKP bermula

Pada pertengahan Mac yang lalu, kira-kira sehari sebelum PKP bermula, kami ke Kuantan untuk bercuti. Waktu ni belum ada pengumuman lagi dari kerajaan yang PKP akan dilaksanakan. Tapi waktu ni dah mula keluar kes dari kluster tabligh. Masa ni tawakkal jelah sebab hotel pun dah book. 

Sesampai di Kuantan, suasana macam biasa je tapi yelah bila kita bercuti dalam keadaan kita tahu yang kes covid-19 dah mula nak spike, sedikit sebanyak perasaan cuak tu ada. Kami menginap di hotel Megaview Kuantan. Hotel menyediakan sanitizer di lobby dan setiap level berhadapan lif.

Di media sosial dimaklumkan yang PM  akan muncul membuat satu sidang media yang berkaitan dengan covid 19.

Malam tu kami pergi makan di sebuah restoran western. Orang agak ramai dan restoran hampir penuh. Tengah makan, kira-kira jam 8 malam, sidang media pun bermula. PM menyatakan Malaysia akan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan  pada 18 Mac, bermula jam 12 malam. Lebih kurang  28 jam dari pengumuman disiarkan. Segala bentuk aktiviti dan perniagaan non essential dilarang termasuk jualan makanan secara dine in. Hanya boleh beli makanan secara delivery atau take away.

Cuak jugaklah rasa. Macam mana kami nak makan nanti? Kedai makan tak buka. Sebenarnya saya plan esoknya tu nak pergi Terengganu dan bermalam 1 malam. Tapi kalau kami pergi Terengganu, kemungkinan makanan susah nak dapatlah. 

Fikir punya fikir, kami buat keputusan, esoknya tu kena juga balik Bangi. Rasa macam susah bercuti dalam keadaan PKP. Lagipun pada waktu yang sama PKP bermula, keluar notis larangan merentas daerah dan negeri. Risau kalau dibuatnya tersadai di negeri orang, kan susah.


Esoknya tu nasib baik hotel masih menyediakan buffet sarapan pagi. Dah siap sarapan, kemas barang untuk check out. Saya ajak suami pergi Telok Cempedak dan Cherating tengok laut. Sedih jugalah tak dapat pergi Terengganu, tapi apa nak buat, kali ni takde rezeki. Lagipun risau juga dengan Covid 19 ni. 

Sampai saja di Telok Cempedak, suasana macam biasa juga cuma takdelah nampak macam sunyi ke apa. Ramai juga yang makan di McD. McD ada sediakan sanitizer di sudut sudut mereka. Baguslah waktu ni walaupun kempen norma baharu tu belum agresif tapi kebanyakan premis yang kami pergi semua menyediakan sanitizer termasuk stesen minyak. 









*Gambar-gambar di Telok Chempedak


Lepas Telok Chempedak, pergi ke Cherating pulak. Destinasi pelancongan terakhir kami sebelum bertolak ke Bangi. 

Dah puas cuci mata, kami pun bertolak balik. Haa semasa di highway, nampak kereta banyak atas jalanraya. Saya mengagak, mereka ni mesti macam kami, bercuti di Pantai Timur dan tergesa-gesa balik ke KL sebelum PKP bermula. Kebanyakannya nombor plate KL. Di stesen minyak pun sama. Punyalah banyak kereta. 

Traffic jam bermula di highway Genting Sempah hingga Tol Gombak. Sesak luar biasa. Kemungkinan orang balik kerja dan juga mereka yang datang dari arah Pantai Timur. Bayangkan, waktu asar kami ada di Genting Sempah, jam 10 malam baru sampai KL. Itupun masih tersangkut dalam jem di Sungai Besi. 

Kami sempat singgah solat dan petronas di area Serdang. Sini ada KFC, Starbuck dan Subway. Ramai betul orang. Semua nampak pulun membeli sebelum jam 12 malam, kerana selepas tu dah tak boleh dine in.

Syukurlah saya sekeluarga belum terkena Covid 19 dan semoga tidak dijangkiti lansung.

Saja share di sini buat kenangan. Pertama kali dalam sejarah negara dan diri sendiri, pengalaman merasai PKP kerana wabak yang menjangkiti seluruh dunia!

No comments:

Post a Comment