Ads Top

Naracards Seoul Set

Pengalaman bercuti di Glory Beach Resort Port Dickson

Bulan lepas, saya dan ahli keluarga termasuk adik beradik bercuti di Glory Beach Resort Port Dickson.

Pengalaman di Glory Beach Resort Port Dickson


Seperti biasa abah minta tolong saya bookkan resort ni di Agoda. Setelah belek Agoda selama beberapa hari, saya decide book apartment 3 bedroom. Oleh kerana waktu ni merupakan cuti sekolah, booking pulak last minit, maka harganya boleh tahan mahal jugak. Dalam 340++. Telan air liur masa nak bayar. Rasa lega sikitlah  bila saya book dengan Agoda melalui aplikasi Rebatemango untuk dapatkan cashback. Dapatlah cashback dalam RM24++.



Klik sini untuk register Rebate Mango

>>>Register Rebate Mango<<<

Selalunya saya guna Shopback tapi peratusan cashback yang ditawarkan di Rebatemango waktu tu lebih tinggi, saya gunalah Rebatemango. Jadi saya ada dua aplikasi setakat ni untuk dapat cashback.



Peratusan cashback yang ditawar
kan dua-dua aplikasi ni tak tetap tau. Sekejap Shopback lebih lumayan, sekejap Rebatemango yang lebih lumayan berbanding Shopback. Jadi kita sebagai pengguna, kena rajin survey,  aplikasi mana yang lebih berbaloi.

Klik sini kalau berminat register Shopback

>>Register Shopback<<

Apartment yang saya book ni mengadap laut sepenuhnya. Dapat tingkat 5, jadi pemandangan yang dapat dilihat memang memuaskan hati.





Bilik utama ada dua katil single dan tandas. Malangnya tandas ni tersumbat pulak. Terpaksa guna tandas di luar ( yang pintunya ada dua). Satu pintu bersambung dengan bilik ke dua, satu lagi pintu terletak di bahagian dapur.





Bilik ke dua pun ada dua katil single. Bilik ke tiga ada satu katil single.

Semua bilik ada aircond kecuali bilik ketiga.

Ruang tamu ada sofa, televisyen, aircond , ruang makan dan balkoni.

Dapur ada sinki, pantry, kettle, peti ais, gula, teh dan kopi dalam sachet.

Lif

Bila baca review orang yang sebelum ni, mereka kata lif ada satu dan keadaan jadi sangat lambat sebab orang ramai bersesak-sesak nak naik lif. Sebenarnya kan, saya pun baru tahu ni. Setiap block ada lif masing-masing. Apartment kami duduk tu di blok E dan kiri kanan diapit oleh Blok C dan D. Kalau lif blok E ramai orang, pergilah ke lif blok  C dan D. Dari aparment kami duduk tu sebenarnya tak jauh pun. Jalan straight je dah sampai ke lif blok D. Lif tu kat hujung blok.

Ramai je yang tak sabar tunggu lif lama sangat, mereka sanggup turun dan naik tangga. Kalau tingkat satu dan dua takpe lagi. Kalau tingkat 5, jenuh.. haha.

Breakfast

Ramai sangat orang. Hahaha. Sabar jelah. Nak buat macam mana kan, musim cuti sekolah. Tapi takpe, jangan risau sebab hotel memang provide makanan yang banyak. Pilihan pun ada bermacam-macam.

Dah habis diorang top up lagi. Cuma bab beratur nak ambil makanan kena banyak sabar ye. Bab tempat duduk, staff akan sediakan ruang lain untuk pelanggan duduk kalau meja di kawasan utama cafe dah penuh.

Swimming pool





Haa ni pun ramai jugak orang. Penuh dengan umat manusia.

Sanctaury penyu

Sanctuary penyu ada berhampiran swimming pool. Tapi yang aku hairan sanctuary ni orang tak berapa minat nak tengok. Arnab pun ada. Tapi tak pergi tengok pun.

Budak-budak dan parents lagi teruja nak mandi kolam!

So far saya puas hati je dengan resort ni. Satu je yang tak puas hati tentang tandas dalam bilik pertama. Tentang lif, asalnya tak puas hati juga  tapi bila tahu sebenarnya  ada banyak lif, bukan satu, tak jadilah tak puas hati. Ini salah sendirila. Haha

2 comments:

  1. Dok ajak gak hasyim pi situ, sbb ada pantai n kolam.
    Tp dia xmau sbb katanya buruk/tak cantik🙊

    Dia dh pnh pegi masa kursus sek, tu yg tau tu. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk family yg ramai ok sbb murah. Breakfast bnyk pilihan. Ajak je, angkut adik beradik ipar sekali. Bilik ada 3. apartmnt 1,2 bilik pun ada. Rugi tak angkut family ramai2

      Delete

Powered by Blogger.