Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 9 December 2019

Pengalaman menginap di Hotel Amerin Johor Bahru

Hotel Amerin Johor Bahru.


Inilah hotel tempat kami menginap sepanjang berada di Johor Bahru tempohari.

Saya pilih hotel ni kerana banyak review postif  dan score yang agak tinggi dari customer mereka yang pernah menginap di sini. Khabarnya Hotel Amerin selalu menjadi pilihan untuk parents yang nak bawa anak anak bercuti ke Legoland. Jarak dari Hotel Amerin ke Legoland lebih kurang 12 km ( 14 minit dengan menaiki kereta). 

Hotel ini terletak di Taman Perling. Bukanlah di bandaraya Johor Bahru yang sentiasa sibuk itu.

Review saya tentang hotel ini.


Hotel ini best. Lokasi strategik. Terletak di kawasan yang tidak terlalu sibuk tapi tidak sunyi. Saya memang tak suka sangat hotel yang lokasinya jauh di pedalaman, sunyi dan kurang kemudahan.

Di hadapan Hotel Amerin ada shopping mall, dan berhampiran dengannya ada banyak kedai makan. Di bawah hotel ada 7 eleven dan restoran yang menyediakan hidangan western.

Security agak ketat. Mereka menyediakan parking lot di dalam bangunan hotel tetapi tetamu hotel perlu turun ke lobby untuk cop tiket kemudian naik ke tingkat untuk masukkan tiket tersebut ke dalam mesin tiket. Kiranya untuk pelanggan hotel, bayaran tiket parking di waive. Itu sebab yang kena cop tiket parking sebelum keluar dari  car park.

Setiap bilik dapat dua kad access. Bila naik lif untuk ke bilik perlu scan kad dulu. Barulah lif tu nak bergerak.

Bilik

Bilik selesa. Pencahayaan cukup. Bilik tak suram. Amenities semua ada. Chanel tv banyak.



Pengalaman menginap hotel Amerin Johor Bahru


Tapi keluasan agak terhad dan sempit sedikit. Untuk keluarga yang ada anak ramai janganlah ambik bilik yang jenis superior. Ambik bilik deluxe atau suite, insha Allah ok.



Apapun saya berpuas hati walaupun bilik kecil. Kena susun sikitlah kerusi dan katil supaya ada ruang untuk solat.

Pemandangan dari bilik memang superb. Oleh kerana kami dapat bilik di tingkat yang tinggi, pemandangan yang dapat dilihat, sangat jelas dan cantik. Sayup sayup boleh nampak kawasan Iskandar Puteri yang ada Legoland tu.





Kesimpulannya, saya suka sangat menginap di sini. Selesa, tak rasa seram, tenang walaupun dikelilingnya sentiasa sibuk dengan kenderaan, tak dengar pun bunyi hiruk pikuknya. Mungkin bilik-bilik di hotel ini kalis bunyi.

Breakfast pun sedap. Banyak pilihan dan ada sijil halal Jakim (saya dah semak di directory Jakim).

Tingkat paling atas sekali ada see through glass floor. Untuk anda yang nak mencabar keberanian boleh try pijak dan berjalan atas glass floor ni. Saya tak boleh sebab gayat. Anak saya bukan main lagi. Siap melonjak atas tu.


















Untuk anda yang nak ke Singapura, hotel ini tak jauh pun dari link ke 2 ke Singapura.

Booking online di Trip.com Amerin Hotel JB

Tiket Legoland boleh beli sini Tiket Legoland


No comments:

Post a Comment