Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 30 July 2019

Ambil angin di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman Terengganu

Hari terakhir kami di Terengganu. Sebelum keluar dari Kemaman, kami sempat singgah di Pantai Teluk Mak Nik.



Pantai ni ada juga orang panggil Pantai Monica. Tak tau mana datangnya nama Monica.

Pantai Teluk Mak Nik ni dipenuhi dengan pokok-pokok rhu. Tak macam Pantai Kemasik.

Masa kami nak ke Pantai Teluk Mak Nik, kami lalu kawasan perumahan penduduk. Tak sangka kan di belakang Taman Perumahan ada kawasan pantai yang menjadi tumpuan orang ramai.



Masa kami sampai tu, boleh tahan ramai juga pengunjung.

Mungkin sebab kawasan ini redup kerana banyak pokok tambahan pula ada kawasan lapang yang boleh dijadikan tapak untuk melakukan pelbagai aktiviti.



Ramai juga peniaga yang berjualan di sini dan menawarkan pelbagai servis seperti sewa kereta mainan, bubble dan macam-macam lagi.



Kami ke sini pun sebab nak bagi peluang Sumayyah main pasir pantai.

Pantai ni cantik. Cuma kalau dapat dijaga kebersihannya pasti lebih cantik. Nak kata kotor sangat tu taklah, cuma nampak botol minuman bersepah di sana sini. Tak sedap jugaklah mata memandang.

No comments:

Post a Comment