Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 7 January 2019

13 hotel berkonsep Islamik di seluruh Malaysia

Di Malaysia ada beberapa hotel yang berkonsep Islamik. Menurut pembacaan saya dari review-review pelanggan, hotel berkonsep Islamik bukan setakat disukai oleh orang Islam tetapi disenangi oleh golongan bukan Islam juga.

Hasil semakan saya, kesemua hotel yang disenaraikan di bawah mendapat sijil halal Malaysia dari JAKIM dan tiada sebarang penjualan alkohol di sana.


Kebanyakan hotel yang berkonsep islamik dan patuh syariah mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu tiada penjualan alkohol, kakitangan diwajibkan menutup aurat dan kolam renang diasingkan antara lelaki dan wanita dan beberapa ciri-ciri lain.


Rangkaian Hotel De Palma

1. Hotel De Palma Ampang






Hotel ini berada di bawah pengurusan kerajaan negeri Selangor, mempunyai surau yang aktif dan turut dijadikan surau untuk mendirikan solat jumaat untuk pelanggan hotel, kakitangan hotel dan penduduk setempat.


Bukan itu saja, surau di hotel ini juga menjemput penceramah luar untuk program ceramah, Azan juga dikumandangkan dari surau dan disiarkan secara lansung kepada tetamu dalam siaran televisyen dalam bilik penginapan dan kafeteria.




2. Hotel De Palma Kuala Selangor





Hotel ini juga sama seperti Hotel De Palma Ampang, mempunyai surau aktif dengan solat jamaah, azan yang dikumandangkan setiap waktu solat dan mempunyai imam yang bertugas setiap waktu solat.



3. Hotel De Palma Shah Alam 





Hotel De Palma Shah Alam juga mempunyai surau yang aktif. Setiap bilik menyediakan sejadah, telekung, dan Al Quran.




4. Hotel Adya Langkawi





Hotel ini membawa slogan "Islamic Friendly, Hospitality" mempunyai kolam renang yang diasingkan antara pengunjung wanira dan pengunjung lelaki. surau yang besar, al Quran dan sejadah yang disediakan dalam setiap bilik dan tiada alkohor dijual.


Rangkaian Hotel di bawah pemilikan dan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri dan Jawhar.

5. Hotel Grand Puteri Terengganu



Hotel ini dimiliki dan diurus di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Hotel Grand Puteri merupakan hotel waqaf pertama di Malaysia. Didirikan di atas tanah waqaf di daerah Kuala Terengganu.




6. Hotel Pantai Puteri Melaka





Dimiliki dan diurus oleh Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Zakat Waqaf dan Haji (Jawhar).




7. Hotel Klana Beach Resort Port Dickson







Hotel ini pula dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Waqaf Zakat dan Haji. Kolam renang diasingkan antara lelaki dan perempuan. Sejadah, Telekung dan Al Quran juga disediakan dalam bilik.



Rangkaian Hotel Tabung Haji 

Kesemua hotel di bawah rangkan TH Hotel & Residenceberkonsepkan patuh syariah, di maan semua kakitangan diwajibkan menutup aurat, tiada sebarang penjualan alkohol, kolam renang diasingkan antara lelaki dan wanita,

8. TH Hotel Kota Kinabalu






9. TH Hotel TH Hotel and Convention Centre Terengganu, Kuala Terengganu. 





10. TH Hotel Kelana Jaya



11. TH Hotel Pulau Pinang






12. TH Hotel and Convention Centre Alor Setar, Alor Setar, Malaysia






13. Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu




Hotel Paya Bunga merupakan sebuah hotel baru yang dimiliki dan diurus oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Ia bertaraf 4 bintang dan menekankan konsep patuh syariah di mana pengunjung wajib menutup aurat di kolam renang, kakitangan diwajibkan menutup aurat dan pentadbiran hotel yang mengikut ciri-ciri patuh syariah seperti pengurusan kewangan dan sumber manusia, surau yang akttif dan menyediakan kuliah agama.

No comments:

Post a Comment